Khamis, 26 Mei 2011

Perbincangan bagi Kerjasama Antara PKKMCJ dengan PKKMCNS

Segamat- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Negeri Sembilan (PKKMCNS) telah mengendalikan satu sesi perbincangan bagi mengadakan pakatan kerjasama antara usahawan kraf rotan Negeri Sembilan iaitu Syarikat Zalfiano Enterprise dengan Tok Batin di Kampung Orang Asli Ulu Juaseh, Segamat. Sesi ini telah diadakan pada 23 Mei yang lalu bagi membincangkan mengenai pembekalan bahan mentah rotan. Puan Azizah Ahmad dari syarikat tersebut telah berminat untuk menempah bahan mentah rotan yang belum diproses dan seterusnya ia diproses di Seremban. Persetujuan telah dicapai antara kedua-dua pihak untuk bekerjasama dan rundingan tersebut berakhir pada pukul 5 petang. Sekian.