Rabu, 9 November 2011

Pendidikan Kraf Batik / Seramik

Johor Bahru- Seramai 80 orang pelajar yang diiringi oleh 3 orang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang, Johor Bahru telah mengikuti program Interaktif Kraf Batik dan Seramik pada 31 Oktober yang lalu di premis Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ). Mereka telah mempelajari teknik mewarna batik canting yang disediakan oleh Cik Nurrul Ain binti Shaid Ahmad dari syarikat Titis Mas Enterprise dan teknik pembuatan seramik 'coiling' dan 'pinching' diajar oleh Encik Mohd Jaini bin Dosnan dari syarikat Mutiara Ceramic.

Teknik 'coiling' ialah proses mengulung tanah terlebih dahulu dan kemudiannya disambung dengan tanah yang telah digulung untuk membentuk objek yang diingini. Manakala teknik 'pinching' ialah proses memicit tanah sambil membentuk mengikut bentuk yang diingini. Aktiviti ini telah berakhir pada pukul 5 petang setelah 8 jam mereka mengikutinya di sini. Sekian.