Selasa, 21 Jun 2011

Lawatan TPBU ke Bengkel LJP Anyaman Rotan

Segamat- Selepas Timbalan Pengarah Bahagian Usahawan menjalankan aktiviti lawatan bagi program Bantuan Insentif Pembangunan Usahawan 2011, beliau dijemput ke Perkampungan Orang Asli Ulu Juaseh, Segamat untuk melihat secara lebih dekat dan perkembangan terkini terhadap Latihan Jangka Pendek Anyaman Rotan yang akan berakhir 15 Julai nanti. Timbalan Pengarah Bahagian Usahawan (TPBU) telah memberi beberapa amanat kepada peserta latihan bagi membangunkan industri kraf rotan di Segamat. Beliau juga berharap agar para peserta mempertajamkan kemahiran mereka agar produk yang dihasilkan berkualiti dan mencapai standard yang dikehendaki oleh Kraftangan Malaysia. Beberapa sampel produk latihan telah dibawa ke Ibu Pejabat sebagai rujukan beliau bersama Pengarah Bahagian Usahawan di sana. Sekian.

Lawatan Timbalan Pengarah Bahagian Usahawan ke Tapak Cadangan Bantuan Insentif (Bengkel)

Larkin- Bahagian Usahawan Ibu Pejabat sedang meneliti dan meninjau bagi Program Bantuan Insentif Pembangunan Usahawan 2011 adalah bertujuan untuk memberi impak besar kepada usahawan yang berpotensi dalam pembangunan industri kraf Negara. Program ini dilaksanakan selari dengan peranan Kraftangan Malaysia iaitu memandu, mengorientasi dan membantu tukang-tukang yang ada sekarang ke arah penggunaan cara moden pengeluaran, pengurusan dan pemasaran. Timbalan Pengarah Bahagian Usahawan, Encik Mohd Razis bin Md Said dan Pengarah PKKMCJ, Encik Nor Azmi bin Haji Ismail telah mengadakan lawatan ke tapak cadangan bagi bantuan insentif (bengkel) kepada usahawan kraf Johor yang terpilih dan lawatan ini dijalankan pada 15 Jun 2011. Mereka terdiri daripada:

- Roslan bin Idris (Anugerah Kraf)
Cadangan:
- Bengkel baru/ showroom (40' x 30')







- Amir bin Haji Salleh (Pamir Kraf)
Cadangan:
- Naik taraf bengkel/ pejabat/ showroom (75' x 22')







- Tuzelan bin Ahmad (Perusahaan Zalikraf)
Cadangan:
- Naik taraf bengkel/ stor bahan mentah (60' x 40')







- Arshad bin Ishak
Cadangan:
- Naik taraf bengkel/ showroom (40' x 30')