Johor Bahru- Festival Kraf dan SDSI Peringkat Negeri Johor telah berlangsung pada 2 Julai 2010 hingga 4 Julai 2010 di Plaza Angsana, Johor Bahru mulai pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Program ini telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Haji Maulizan bin Bujang iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Johor.
Kraftangan Malaysia Cawangan Johor merupakan salah satu agensi kerajaan yang menganjur program tersebut bersama dengan kerajaan negeri iaitu Pembangunan Usahawan Johor Bahru (PUJB) dan Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor (MPUNJ).
Festival yang berlangsung selama 3 hari dengan penyertaan usahawan kraftangan seramai 26 orang di seluruh Negeri Johor terdiri daripada kraf bidang tekstil, hasil rimba, logam dan aneka. Persembahan alat muzik anglong dan kompang dijalankan bagi memeriahkan lagi suasana program tersebut.
Namun, program ini bukan sahaja tertumpu pada jualan kraf akan tetapi demontrasi juga dijalankan seperti:
1) Demonstrasi Batik
2) Demonstrasi Pembuatan Gambus
3) Demonstrasi Pembuatan Anglong
4) Demonstrasi Kuda Kepang
5) Demonstrasi Layang-Layang
6) Demonstrasi Tenunan Serat Nenas