Khamis, 9 Jun 2011

Perbincangan Sempena Cadangan Pelaksanaan Bazar Ramadhan @ Kraf

Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan satu perbincangan khas sempena cadangan perlaksanaan Bazar Ramadhan @ Kraf yang dijangkakan akan mula beroperasi pada Ogos 2011. Perbincangan ini telah diadakan semalam dan ia bermula pada pukul 3 petang. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Pengerusi mengenai objektif, tarikh dan masa pelaksanaan, penglibatan usahawan dan aktiviti sepanjang program yang akan dijalankan. Semasa perbincangan diadakan, beberapa pendapat dan cadangan telah diberikan oleh anggota kerja PKKMCJ dan pelajar latihan industri bagi menjayakan Bazar Ramadhan ini. Satu perlantikan jawatankuasa kecil telah dilaksanakan dan mereka terdiri daripada:
  • Jawatankuasa Kecil Logistik dan Teknikal
    - Diterajui oleh Encik Fazar Ivan Hidayat b. Zahari
  • Jawatankuasa Kecil Penyertaan Usahawan
    - Diterajui oleh Puan Ellanie bt. Ahmad Izani
  • Jawatankuasa Kecil Publisiti dan Keceriaan
    - Diterajui oleh Cik Saihazra Izreen bt. Hamzah
  • Jawatankuasa Kecil Majlis Perasmian
    - Diterajui oleh Puan Nurulniza bt. Masuan
  • Jawatankuasa Kecil Pemantauan dan Laporan
    - Diterajui oleh Puan Hardiana bt. Johar

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Negeri Johor (JKPKPKK)

Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Negeri Johor (JKPKPKK) Bilangan 8/2011 yang telah dilaksanakan semalam mulai pada pukul 10.30 pagi. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Hamdan b. Haji Hasnan iaitu Pengarah dari Jabatan Penerangan Negeri Johor bagi membincang dan membicarakan tentang perkara-perkara berbangkit, perkara-perkara penting serta laporan aktiviti bagi Jabatan/ Agensi KPKK yang terlibat.

Antara Jabatan/ Agensi KPKK yang terlibat ialah:
  1. Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Johor (Urus Setia)
  2. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor - PKKM
  3. Jabatan Penyiaran Negeri Johor - RTM
  4. Jabatan Hal Ehwal Khas - JASA
  5. Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara Negeri Johor - JKKN
  6. Arkib Negara Malaysia Cawangan Johor/ Negeri Sembilan/ Melaka
  7. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Wilayah Selatan - SKMM
  8. Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Wilayah Selatan - FINAS
  9. BERNAMA Johor
  10. Telekom Malaysia Berhad Negeri Johor
  11. Pos Malaysia Berhad Negeri Johor

Sambutan Hari Kelahiran Anggota Kerja (Jun)

Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor dan Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (KSKKMCJ) telah mengadakan sambutan hari lahir bagi meraikan anggota kerja yang lahir pada bulan Jun. Aktiviti keraian ini telah dilaksanakan pada sebelah petang iaitu selepas berakhirnya aktiviti gotong-royong.


Antara anggota kerja yang diraikan ialah:
  1. Khairul Nizar Syah b. Abdul Jabar - 12 Jun
  2. Norhaslizaraf bt. Ab. Rauf - 13 Jun

Pengukuhan dan Pemantapan Jati Diri

Larkin- Pihak pengurusan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan aktiviti gotong-royong sebagai pengukuhan dan pemantapan jati diri kepada setiap anggota kerja PKKMCJ. Aktiviti ini dilaksanakan selepas perhimpunan bulan Jun bersurai. Ia diadakan adalah bertujuan untuk persiapan tempat bagi Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kesenian Negeri Johor (JKPKPKK) yang telah berlangsung semalam di sini. Pihak pengurusan PKKMCJ ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua anggota kerja dan pelajar latihan industri kerana mereka telah memberi komitmen terbaik bagi menjayakan gotong-royong ini. Kerjasama mereka amatlah dihargai. Sekian.


Antara tempat-tempat yang terlibat ialah:

- Bilik Mesyuarat




- Bilik Latihan




Perhimpunan Bulan Jun 2011

Larkin- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan perhimpunan bulanan pada 7 Jun 2011 mulai pukul 8.30 pagi di bilik latihan Kraftangan Malaysia. Perhimpunan yang dipengerusikan oleh Cik Anjalia binti Raimin telah dibuka dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Cintai Warisan Kraf Malaysia. Kemudian, Encik Fazar Ivan Hidayat bin Zahari telah memulakan acara dengan bacaan doa beliau dan seterusnya ucapan bulanan oleh Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Johor, Encik Nor Azmi bin Haji Ismail kepada semua anggota kerja PKKMCJ. Acara sesi penyerahan kad lahir telah disampaikan oleh Pengarah PKKMCJ kepada anggota kerja yang lahir pada bulan Mei dan perhimpunan bulanan berakhir pada pukul 9.30 pagi. Sekian.