Khamis, 20 Oktober 2011

Lawatan Tapak & Mesyuarat Jawatankuasa Persiapan Promosi Kraf Malaysia Peringkat Zon Selatan Plaza Angsana, Johor Bahru Bil. 2/2011

Johor Bahru- Satu rombongan bas yang diketuai oleh Yang Berbahagia Ketua Pengarah ke Johor bagi sesi lawatan tapak dan Mesyuarat Jawatankuasa Persiapan Promosi Kraf Malaysia Peringkat Zon Selatan Plaza Angsana, Johor Bahru bilangan 2/2011 yang telah diadakan pada 15 Oktober yang lalu. Rombongan yang sampai di Plaza Angsana mulai jam 11.30 pagi itu turut dihadiri oleh Yang Berusaha Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), pengarah- pengarah bahagian, pengarah PKKMCJ dan pegawai penyelaras dari Ibu Pejabat dan PKKMCJ untuk membincangkan pelan susunatur khemah dan landskap, tapak jualan serta kemudahan infrakstruktur bagi persiapan tempat sempena Promosi Kraf Malaysia Zon Selatan yang akan diadakan pada 15 hingga 25 Disember di sana. Hadir sama semasa lawatan tapak tersebut ialah Encik Imran Salleh dan Puan Nurfaiza Abd Rahman bagi mewakili syarikat UDA Angsana Sdn. Bhd. untuk membincangkan pandangan dua hala antara Kraftangan Malaysia dengan pihak Plaza Angsana.


Pada pukul 1.30 petang bermulanya Mesyuarat Jawatankuasa Persiapan Promosi Kraf Malaysia Peringkat Zon Selatan Plaza Angsana, Johor Bahru Bil. 2/2011 di bilik mesyuarat, Kraftangan Malaysia Cawangan Johor.


Antara agenda yang diperbincangkan ialah:
  1. Agenda 1 - Perutusan Pengerusi
  2. Agenda 2 - Cadangan Pengisian Aktiviti:
    1. - Majlis Perasmian
      - Tetamu Jemputan
      - Gimik Majlis Perasmian
      - Sambutan & Protokol
      - Sebutharga Pembekal / Kontraktor
      - Hiasan & Keceriaan, Khemah dan
      Sekitar Kawasan Plaza Angsana
      - Persembahan Multimedia
      - Jualan Usahawan Kraf
      - Pameran Hiasan Laman & Taman
      - Demonstrasi Kraf
      - Interaktif Kraf
      - Permainan Rakyat
      - Publisiti & Pengiklanan
  3. Agenda 3 - Bahan Kempen
  4. Agenda 4 - Kewangan dan Teknikal

Satu kejutan telah diadakan selepas mesyuarat tersebut berakhir pada pukul 4 petang. Semua anggota yang hadir telah menyanyikan lagu selamat ulang tahun Yang Berbahagia Ketua Pengarah semasa melangkah masuk ke bilik makan di sini. Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ingin mengucapkan :

"Sending birthday blessings
Filled with love and peace and joy
Wishing sweetest things happen
Right before your eyes ! "


"Wishing you a day soft as silk…..
white as milk…..
sweet as honey & full of money.
May all your dreams come true….
HAPPY BIRTHDAY"