Khamis, 26 Mei 2011

Pemantauan bagi Latihan Jangka Pendek Anyaman Rotan

Segamat- Satu sesi lawatan ke bengkel Latihan Jangka Pendek Anyaman Rotan telah dijalankan oleh Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Johor- Encik Azmi Haji Ismail, Ketua Unit Usahawan- Puan Hardiana Johar dan Pelajar Latihan Industri- Cik Nor Zaifirah Zaini bagi memantau aktiviti terkini di Kampung Orang Asli Ulu Juaseh pada 23 Mei yang lalu. Sesi lawatan ini juga telah dihadiri oleh Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan- Encik Mohammad Ali Haji Mad Jais, usahawan kraf rotan- Puan Azizah Ahmad dan 2 orang pegawai dari Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn. Bhd. Sesi pemantauan ini telah mendapat respon yang baik daripada mereka tentang produk yang dihasilkan oleh pelajar latihan dan beberapa cadangan diberikan untuk meningkatkan kualiti pembuatan.