Ahad, 12 Jun 2011

Skuad Pemantauan LJP Kg. Ulu Juaseh

Labis- Skuad pemantauan Latihan Jangka Pendek Anyaman Rotan yang diketuai oleh Pengarah PKKMCJ telah melaksanakan misi ke Kampung Orang Asli, Ulu Juaseh, Segamat pada 10 Jun 2011 bagi memastikan program ini berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan. Tujuan pemantauan ini dilakukan adalah untuk mendapat gambaran tentang kesesuaian antara modul latihan dengan pelaksanaan program bagi mengukur pencapaian sebenar yang telah dilaksanakan. Di samping itu juga, unit Rekaan dan Teknikal turut serta turun padang bagi membantu serta memastikan produk yang dihasilkan mengikut spesifikasi dan kehendak pasaran semasa. Sekian.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Bil 01/2011

Larkin- Unit Pentadbiran dan Kewangan, Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan satu Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Bilangan 01/2011 pada 9 Jun yang lalu bermula pukul 3 petang di bilik mesyuarat PKKMCJ. Mesyuarat ini diadakan adalah bertujuan untuk memastikan kedudukan semasa aset alih Kementerian/ Jabatan didaftarkan, perbincangan bersama tentang laporan hasil pemeriksaan aset alih, laporan tindakan pelupusan, laporan tindakan surcaj/ tatatertib dan masalah-masalah berkaitan dengan pengurusan aset alih yang dihadiri oleh pegawai-pegawai PKKMCJ. Mesyuarat bersurai pada pukul 4.30 petang dan ia ditangguhkan sehingga tarikh yang akan ditetapkan. Sekian.