Khamis, 1 November 2012

THE BEST DOMESTIC EVENT - ANUGERAH PELANCONGAN NEGERI JOHOR 2012



LARKIN- Pada 24 Oktober yang lalu, pihak Kraftangan Malaysia telah berjaya memenangi Anugerah Pelancongan Johor 2012 dalam kategori The Best Domestic Event bertempat di Pusat Convention Centre, Persada Johor. Penganugerahan ini menerusi penganjuran program Promosi Kraf Malaysia Zon Selatan 2011 yang diadakan pada 15 hingga 25 Disember 2011 di Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru.

Anugerah Pelancongan Johor 2012 merupakan acara yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor menerusi Jabatan Pelancongan Negeri Johor bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan produk pelancongan negeri Johor pada landasan yang menepati piawaian antarabangsa.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua anggota kerja Kraftangan Malaysia khususnya dari cawangan Johor dan para usahawan kraf yang terlibat dan menjayakan promosi ini. Semoga jalinan kerjasama ini akan terus dikekalkan. Syabas!