Khamis, 5 April 2012

Penaikan Taraf Bumbung Bangunan PKKMCJ

Larkin, Johor Bahru : Premis Kraftangan Malaysia Cawangan Johor bakal mengalami transformasi berikutan pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf struktur bumbung dan penyelenggaraan bangunan. Kerja-kerja telah bermula pada 13 Mac 2012 melibatkan penutupan premis Kraftangan Malaysia Cawangan Johor kepada lawatan pengunjung dan orang ramai dijangka siap sempurna pada akhir bulan Jun 2012.

Penutupan kawasan premis bertujuan untuk menjaga keselamatan orang awam dan melancarkan pergerakan kontraktor dilantik. Sehingga kini, notis pemberitahuan telah dipasang di pintu masuk utama premis dan tapak binaan telah diserahkan kepada kontraktor untuk kerja-kerja awalan.

Semoga dengan usaha yang dijalankan ini dapat mentransformasikan premis Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ke arah penyediaan kemudahan prasarana berteraskan industri kraf dan mencapai kualiti perkhidmatan awam yang lebih dinamik selaras dengan aspirasi Kerajaan menjadikan 'kraf penjana ekonomi rakyat'

Salam perjuangan

PKKMCJ




Kerja-kerja pemasangan rangka besi bagi menyokong struktur bumbung yang akan ditukar.

Proses kerja mencabut atap genting dilakukan kontraktor secara berperingkat.


Pemasangan rangka besi diluar bangunan bagi memudahkan kerja-kerja membuka bumbung.

Notis Pemberitahuan