Jumaat, 22 Julai 2011

Gotong-Royong Sempena Bengkel Bimbingan Teknikal Produk Baru Jahitan Tradisional

Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan aktiviti gotong-royong pada 19 Julai yang lalu sempena Bengkel Bimbingan Teknikal Produk Baru Jahitan Tradisional yang diadakan keesokkan harinya. Aktiviti yang bermula pada pukul 9 pagi hingga 4 petang telah menggerakkan semua anggota kerja untuk menjalankan persiapan tempat bagi proses gerak kerja dan perasmian di dalam premis Kraftangan Malaysia Cawangan Johor. Pihak pengurusan ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua anggota kerja PKKMCJ di atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan bagi menjayakan aktiviti gotong-royong ini. Semoga momentum sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang agar hubungan sebagai sebuah keluarga terjalin lebih erat dan mesra di setiap anggota kerja PKKMCJ. Sekian.

Barbeque Bersama Pelajar Latihan Jangka Pendek Anyaman Rotan

Segamat- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) telah dijemput untuk turut serta bagi menyertai aktiviti 'barbeque' yang dianjurkan oleh para peserta Latihan Jangka Pendek Anyaman Rotan bersama tenaga pengajar mereka di Perkampungan Orang Asli Ulu Juaseh, Segamat. Aktiviti yang bermula pada 3 petang itu, telah merapatkan hubungan antara anggota kerja PKKMCJ dengan para peserta dan pihak PKKMCJ ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakannya. Syabas diucapkan kepada para peserta dan pihak Kraftangan Malaysia berharap agar kelompok pelajar ini berjaya pada masa akan datang. Sekian.