Khamis, 28 Oktober 2010

Lawatan Sekolah Kebangsaan Larkin (1) ke PKKMCJ


Larkin- Sekolah Kebangsaan Larkin (1), Johor Bahru telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kraftangan Malaysia Cawangan Johor pada 25 Oktober 2010. Lawatan ini yang dihadiri seramai 40 orang pelajar dan 4 orang guru bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka secara dekat terhadap pembuatan kraftangan di sini.


Antara program yang dijalankan ialah:

Aktiviti mewarna batik



Lawatan ke Bilik Latihan Jangka Pendek (Tenunan Serat Nenas)



Lawatan ke perkampungan kraf

Selasa, 26 Oktober 2010

Bengkel Penyediaan Fail Meja (FM) & Manual Prosedur Kerja (MPK) Zon Selatan


Alor Gajah- Bahagian Khidmat Pengurusan Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Fail Meja (FM) dan Manual Prosedur Kerja (MPK) Zon Selatan yang diadakan pada 20 Oktober hingga 22 Oktober di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka, Alor Gajah, Melaka.

Bengkel ini melibatkan 2 cawangan Kraftangan Malaysia iaitu PKKM Cawangan Melaka dan PKKM Cawangan Johor. Pengarah PKKM Cawangan Melaka iaitu Encik Yazid Bin Parlan telah merasmikan pada hari pertama dan acara penutup pada hari terakhir bengkel tersebut. Bengkel ini telah dikendalikan oleh penceramah dari INTAN iaitu Encik Mohd Tahir Bin Abd. Kapi.


Ia bertujuan untuk:
  1. Memahami konsep MPK dan FM;
  2. Memberi pengetahuan dan kemahiran dalam dokumentasi MPK dan FM;
  3. Memberi kefahaman mengenai MPK dan FM sebagai panduan utama di dalam melaksanakan tugas-tugas rasmi;
  4. Berkebolehan menyediakan MPK Organisasi dan FM individu.

Antara program bengkel yang dijalankan ialah:

20 OKTOBER 2010 (RABU)

08.00 – 08.30

: Pendaftaran

08.30 – 10.30

: Pengenalan kepada konsep MPK dan FM

10.30 – 11.00

: Minum pagi

11.00 – 13.00

: Proses Mengenalpasti

i) Proses-proses utama dan aktiviti-aktiviti organisasi

ii) Menyediakan proses-proses kerja dan carta alir

13.00 – 14.15

: Makan tengahari/ solat Zuhur

14.15 – 16.30

: Latihan amal menyediakan MPK organisasi

16.30 – 17.00

: Minum petang/ bersurai


21 OKTOBER 2010 (KHAMIS)

08.30 – 10.30

: Proses mengenalpasti/ menyemak semula senarai tugas individu dalam FM

10.30 – 11.00

: Minum pagi

11.00 – 13.00

: Proses Menyediakan FM

i) Proses-proses kerja

ii) Carta alir setiap proses

iii) Senarai semak

iv) Rujukan peraturan dan undang-undang yang berkaitan

13.00 – 14.15

: Makan tengahari/ solat Zuhur

14.15 – 16.30

: Sambungan menyediakan FM individu

16.30 – 17.00

: Minum petang/ bersurai


22 OKTOBER 2010 (JUMAAT)

08.30 – 09.00

: Persembahan MPK oleh Kumpulan

09.00 – 10.30

: Persembahan FM oleh Individu

10.30 – 11.00

: Minum pagi

11.00 – 12.00

: Sambungan persembahan FM oleh Individu

12.00 – 12.30

: Penilaian bengkel dan Majlis Penutup


Isnin, 18 Oktober 2010

Kajian Industri Kraf Malaysia 2010 (Orang Asli)



Mersing- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah melaksanakan satu aktiviti iaitu Kajian Industri Kraf Malaysia 2010 ke atas Perkampungan Orang Asli di Kampung Peta Ulu , Endau, Mersing bermula pada 13 Oktober hingga 15 Oktober. Kajian ini bertujuan bagi pemantauan usahawan orang asli yang terdiri daripada suku kaum Jakun dan perkembangan terkini perusahaan kraf mereka di sana. Anggota kerja PKKMCJ yang terlibat ialah:
  1. Mohd Rosdi B. Ibrahim
  2. Mohd Aizat B. Shaharuddin
  3. Zulkifli B. Abd Hamid

Antara pengusaha kraf yang masih bergiat aktif di perkampungan tersebut ialah:
  1. En. Awang B. Kudi (Permainan Mengasah Minda- Kercang)
  2. Pn. Petai Bt. Akar (Anyaman Tikar Bertam)
  3. Pn. Jelang Bt. Limon (Anyaman Tikar Bertam dan Alat Senjata- Sumpit)
  4. En. Kamelok B. Tekeso (Pakaian Kulit Kayu Pokok Terap)
  5. Pn. Kuna Bt. Sidek (Anyaman Tikar Bertam)

Jutaan terima kasih kepada tok batin Kampung Peta Ulu iaitu En. Sangka B. Cuka di atas kerjasama beliau berikan kepada Kraftangan Malaysia Cawangan Johor semasa perlaksanaan kajian tersebut dijalankan.

Jumaat, 15 Oktober 2010

Kursus Teras Islam Dalam Membentuk Akhlak & Aqidah

Larkin- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah menganjurkan satu Kursus Teras Islam Dalam Membentuk Akhlak & Aqidah pada 14 Oktober 2010 mulai pukul 9.30 pagi sehingga pukul 3.45 petang di Bilik Mesyuarat PKKMCJ.


Peserta yang dihadiri seramai 27 orang oleh anggota kerja PKKMCJ, peserta Latihan Jangka Pendek dan usahawan inkubator kraf. Kursus ini telah menerapkan 3 topik oleh para penceramah yang dijemput hadir iaitu:

Topik 1
Tajuk : Insan Berkualiti
Penceramah : Ustaz Wagiran Bin Madlan
Dari : Jabatan Agama Johor







Topik 2
Tajuk : Mencari Keredhaan Allah
Penceramah : Ustaz Mohd Nasri Bin Rahman
Dari : Bahagian Pembangunan Keluarga







Topik 3
Tajuk : Integriti Menurut Perspektif Islam
Penceramah : Ustaz Zamri Bin Kamburi
Dari : Bahagian Penyelidikan, Pusat Islam Penyelidikan Johor

Selasa, 5 Oktober 2010

Program Anjuran Team One Production

Johor Bahru- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor dijemput untuk menyertai program anjuran Team One Production bagi Promosi Perumahan Baru oleh Syarikat SP Setia Bhd Group di hadapan pejabat Wisma SP Setia di Bukit Indah, Johor Bahru. Promosi ini berlangsung pada 3 Oktober 2010 bertujuan untuk menarik pengunjung Singapura membeli perumahan di Johor Bahru di samping mendedahkan kepada mereka tentang seni kraf Malaysia.


Antara usahawan kraf yang terlibat ialah:
  1. Wandarisnor Enterprise (Kompang)
  2. Titis Mas Batik (Batik Canting)
  3. SJ Craft (Kuda Kepang Mini)
  4. Saiful Faisal Md. Shap (Tenunan Serat Nenas)
  5. Munnah Abd Kadir (Benang Serat Nenas)

Isnin, 4 Oktober 2010

Bimbingan Teknikal Pembuatan Benang Serat Nenas




Kota Tinggi- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) telah mengadakan bengkel bimbingan teknikal pembuatan benang serat nenas dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) di Kg. Lepau, Pengerang, Kota Tinggi. Bengkel selama 4 hari itu bermula pada 27 September 2010 sehingga 30 September 2010 melibatkan 23 orang peserta yang merupakan penduduk kampung tersebut.


Bengkel ini dimulai dengan penerangan tentang objektif dan sasaran bagi bimbingan teknikal ini dijalankan serta memperkenalkan tenaga pengajar yang dilantik pada hari pertama program. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:
  1. Pemilihan daun nenas yang tepat
  2. Perbezaan daun nenas Josephine dengan daun nenas N36
  3. Menggeruk daun nenas
  4. Penyambungan benang serat nenas
  5. Menerai benang serat nenas
  6. Asas menenun benang serat nenas

Manakala objektif Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ialah:
  • Mewujudkan pengusaha atau tenaga mahir dalam pengeluaran produk kraf benang serat nenas.
  • Memberi manfaat kepada penanam nenas bagi mengiatkan lagi sektor pertanian yang membantu pengeluaran produk baru berasaskan daun nenas.
  • Mewujudkan motif nenas sebagai identiti produk kraf Negeri Johor.
  • Mewujudkan kelompok usahawan atau pengusaha bagi pengeluaran bahan mentah berasaskan daun nenas.
  • Mengenalpasti tumbuh-tumbuhan yang boleh digunakan sebagai bahan mentah berunsurkan serat.


Penyampaian sijil dan majlis penutupan dijalankan pada hari terakhir program. Alhamdulillah program ini berakhir sepertimana yang dijadualkan. Insyaallah, peringkat fasa kedua akan dijalankan bagi mendedahkan secara mendalam penggunaan benang serat nenas ke arah pembuatan produk kraf.