Jumaat, 6 Mei 2011

Lawatan SK Kota Masai ke PKKMCJ

Larkin- Sekolah Kebangsaan Kota Masai, Pasir Gudang, Johor telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) pada 5 Mei 2011 mulai pukul 2 petang. Rombongan seramai 82 murid darjah empat dan 8 orang guru telah diberikan penerangan oleh Puan Ellanie binti Ahmad Izani tentang aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut.

Antaranya ialah:

- Pendidikan Kraf (Mewarna Pasu Seramik)
  • Kumpulan A (Penerangan projek oleh Puan Ellanie)


  • Kumpulan B (Penerangan projek oleh Cik Rahamah)




- Lawatan ke Inkubator Kraf (Batik)







- Lawatan ke Perkampungan Kraf
  • Alat Muzik Tradisional

  • Pembuatan Parang


- Kuiz Kraf