Isnin, 24 Januari 2011

Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) 1 Malaysia Johor: Komuniti Chempelak Barat

Segamat- Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara Negeri Johor (JKKNNJ) telah menganjurkan Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) 1 Malaysia Johor: Komuniti Chempelak Barat di Kawasan Perumahan Generasi Kedua, Felda Chempelak Barat, Segamat, Johor pada 23 Januari 2010 yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, YB Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz. Kraftangan Malaysia Cawangan Johor turut sama menyertai program ini dengan mengadakan jualan baju dan cenderamata 1 Malaysia di sana.

Selasa, 18 Januari 2011

Cahayamata Baru PKKMCJ

Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah menerima cahayamata pertama pada tahun 2011 iaitu isteri Encik Khairul Irwan Suhaidi bin Mansin telah selamat melahirkan cahayamata perempuan. Bayi yang seberat 2.97kg telah diberi nama Airies Meazara binti Khairul Irwan Suhaidi dilahirkan pada 17 Januari 2011 pada pukul 1.38 petang di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang.

Pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ingin mengucapkan tahniah kepada Encik Khairul Irwan Suhaidi dan isteri kerana mereka memiliki permata kedua yang sihat dan comel. Semoga dengan kehadiran cahayamata ini akan sentiasa dirahmati, dimurahkan rezeki dan bahagia kalian sekeluarga. Amin...

Isnin, 17 Januari 2011

Lawatan Ke Penempatan Orang Asli, Kg. Ulu Juaseh dan Pemantauan Tapak Bagi Bengkel Bimbingan Teknikal Anyaman Rotan dan Anyaman Lekar

Segamat- Anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan lawatan ke Penempatan Orang Asli, Kg. Ulu Juaseh pada 15 Januari 2011 bagi mengkaji penempatan mereka dan aktiviti yang dijalankan di sana. Di samping itu juga, pihak Kraftangan telah bersua muka dengan Tok Batin Penempatan Orang Asli, Kg. Ulu Juaseh bagi membincangkan Bengkel Bimbingan Teknikal Anyaman Rotan yang akan dijalankan di Rancangan Tanah Beliawanis, Bukit Mambai, Labis melibatkan penduduk di sana sebagai peserta program. Terima kasih kepada Tok Batin iaitu Encik Dagoh bin Tanda di atas kerjasama dan layanan baik beliau semasa lawatan anggota kerja di sana.


Antara anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Johor yang terlibat ialah:
  1. Cik Saihazra Izreen Hamzah (Penolong Pengarah)
  2. Cik Anjalia Raimin (Pengajar Kraf- Unit Usahawan)
  3. Encik Rosdi Ibrahim (Pengajar Kraf- Unit Rekaan dan Teknikal)
  4. Encik Zulkifli Abd Hamid (Pemandu Kenderaan)

Namun, pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Johor juga telah mengadakan pemantauan tapak dan sesi perbincangan dengan urusetia untuk persediaan awal bagi Bengkel Bimbingan Teknikal Anyaman Rotan di Rancangan Tanah Beliawanis, Bukit Mambai dan Bengkel Bimbingan Teknikal Anyaman Lekar di Felda Chempelak Barat yang akan dijalankan selama 5 hari bermula 23 Januari sehingga 27 Januari 2011.

Antara gambar-gambar semasa lawatan dan pemantauan dijalankan:

- Rancangan Tanah Beliawanis, Bukit Mambai, Labis







- Felda Chempelak Barat, Labis



Rabu, 12 Januari 2011

Lawatan Pelajar Diploma Pengajian Perniagaan (Pengurusan), Politeknik Seberang Perai



Larkin- Pelajar Diploma Pengajian Perniagaan (Pengurusan), Politeknik Seberang Perai telah mengunjungi ke Kraftangan Malaysia Cawangan Johor pada 7 Januari 2011. Lawatan ini yang dihadiri seramai 30 orang pelajar dan 2 orang pensyarah bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada mereka terhadap pembuatan kraftangan di sini terutamanya kesenian orang Melayu.

Antaranya ialah:

Inkubator Kraf
- Batik Canting







- Ukiran Kayu







Perkampungan Kraf
- Pembuatan Parang







- Pembuatan Alat Muzik Tradisional





Khamis, 6 Januari 2011

Gotong-Royong (Susunatur Ruang Pejabat)

Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan gotong-royong pada hari ini yang bermula pada pukul 10.00 pagi bertujuan untuk susunatur kedudukan di ruang pejabat agar ia lebih kemas dan teratur. Aktiviti ini dimulakan dengan penerangan oleh urusetia bagi pembahagian tugas setiap anggota kerja dan cadangan susunatur yang dijalankan.


Pihak pengurusan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor amat berpuas hati dengan komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh setiap anggota dan berharap aktiviti ini dapat diteruskan sebagai acara bulanan agar hubungan kekeluargaan antara mereka terjalin erat di samping suasana baru diperolehi di pejabat. Sekian.


Rabu, 5 Januari 2011

Sesi Perjumpaan Pengarah Baru



Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan sesi perjumpaan dengan pengarah baru dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Perancangan Cawangan Bil 01/2011 pada 4 Januari 2011. Mesyuarat ini dimulakan pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 tengahari di Bilik Mesyuarat Kraftangan Malaysia Cawangan Johor.


Antara agenda-agenda mesyuarat yang dikemukakan ialah:

Agenda 1 - Perutusan Pengerusi
Agenda 2 - Pengesahan Minit Mesyuarat
Agenda 3 - Perkara-Perkara Berbangkit
i) Unit Pentadbiran dan Kewangan
ii) Unit Usahawan
iii) Unit Promosi dan Pemuliharaan
iv) Unit Rekaan dan Teknikal
Agenda 4 - Laporan Prestasi Perbelanjaan
Agenda 5 - Perkara-Perkara Baru
Agenda 6 - Hal-Hal Lain
Agenda 7 - Penutup

Isnin, 3 Januari 2011

Perlawanan Persahabatan Paintball

Larkin- Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (KSKKMCJ) telah mengadakan perlawanan persahabatan paintball antara anggota kerja bersama usahawan inkubator kraf pada 30 Disember 2010. Perlawanan ini diadakan bagi meraikan 3 orang anggota kerja yang bersara dan berpindah mulai 3 Januari 2011. Semoga dengan adanya perlawanan ini, ia dapat memupuk semangat kesukanan berpasukan serta mengeratkan lagi hubungan sesama anggota kerja dan usahawan kraf sebagai pemangkin industri kraf di Johor.


Antara gambar-gambar menarik:

Pasukan Hijau



Pasukan Jingga



Semasa Perlawanan




Sambutan Hari Kelahiran Anggota Kerja (Disember - Januari)


Larkin- Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (KSKKMCJ) telah mengadakan sambutan hari lahir bulan Disember dan Januari bagi anggota kerja pada 30 Disember 2010 iaitu selepas perlawanan persahabatan paintball antara anggota kerja bersama usahawan kraf.

Antara anggota kerja diraikan ialah:
  1. Mohd Aizat Shaharuddin - 15 Disember
  2. Fazar Ivan Hidayat Zahari - 30 Disember
  3. Asfaziha Ab Karim - 9 Januari


Pihak pengurusan ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir, Semoga Allah panjangkan usia mereka, dimurahkan rezeki dan dipelihara akhlak dan akidah mereka sebagai insan yang berkualiti. Amin..

Selamat Datang

Larkin- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ingin mengucapkan Selamat Datang kepada 2 anggota kerja baru yang mula bertugas pada 3 Januari 2011.

Antaranya ialah:
  1. Encik Nor Azmi B. Ismail - Pengarah
  2. Cik Norhaslizaraf Bt. Ab Rauf - Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

Semoga dengan pertukaran anggota kerja baru ini akan memperkuatkan lagi pengurusan dan pembangunan kraf di Negeri Johor.

Ahad, 2 Januari 2011

Video Khas Untukmu..

Salam Perpisahan dan Selamat Maju Jaya...

Khas:
  1. En. Ahmad Faudzi Md. Ghazali
  2. En. Ahmad Effieindie Ghazali
  3. En. Mohd Shukri Mustafa


Ikhlas,
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Cawangan Johor