Selasa, 3 Mei 2011

Terima Kasih Pengunjung Blog Krafjohor

Johor Bahru- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung blog kami di atas sokongan dan kritikan yang membina kepada kami untuk terus memberi infomasi kepada anda. Statistik menunjukkan jumlah paparan halaman blogjohor ialah 12,001 (mulai 15 Julai 2010 sehingga 3 Mei 2011, pukul 8.20 malam). Antara catatan yang paling popular adalah Promosi Kraf Malaysia di Pusat Membeli-Belah (AEON Jusco Bukit Indah) iaitu sebanyak 230 paparan halaman. Manakala halaman yang mendapat sambutan oleh pengunjung blog adalah PKKM Cawangan Johor iaitu sebanyak 816 paparan halaman.

Pihak kami akan terus mempertingkatkan usaha dan berkongsi maklumat untuk menyalurkan infomasi berguna mengenai aktiviti yang dijalankan oleh Kraftangan Malaysia Cawangan Johor kepada pengunjung krafjohor. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada anda semua yang sudi menyokong dan memberi pandangan positif untuk kami terus berkarya. Sekian.


Statistik Pengunjung Blog Krafjohor (15 Julai 2010 - 3 Mei 2011)

Paparan Halaman mengikut Negara (Top Ten)











  1. Malaysia (10,877)
  2. Amerika Syarikat (545)
  3. Argentina (133)
  4. Indonesia (69)
  5. Singapura (69)
  6. United Kingdom (40)
  7. Kanada (38)
  8. Perancis (31)
  9. Jerman (29)
  10. Slovenia (15)

Persandingan Encik Mohd Fairuss


Seremban- Anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Johor, Encik Mohd Fairuss bin Ab. Samat dan isterinya, Puan Raja Nurul Ain binti Raja Jaafar telah melangsungkan persandingan kedua mereka pada 30 April 2011 di rumah pihak pengantin lelaki di Paroi, Seremban, Negeri Sembilan. Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ingin mengucapkan tahniah kepada mereka ke atas majlis perkahwinan mereka kerana ia telah dilaksanakan dengan jayanya.


"Ya Allah, berkatilah majlis perkahwinan ini, limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kedua mempelai ini, Mohd Fairuss bin Ab. Samat dan Raja Nurul Ain binti Raja Jaafar. Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkan jodoh mereka di dunia dan di akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini. Amin Ya Rabbal Alamin."

Kursus "Say It Right Pronunciation"

Kuala Lumpur- Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementeriaan Penerangan Komunikasi & Kebudayaan Malaysia (KPKK) telah mengadakan kursus "Say It Right Pronunciation" yang bermula pada 26 April hingga 28 April 2011 di Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana, Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur. Program yang berlangsung selama 3 hari itu telah dikendalikan oleh Puan Kit Kasa dari syarikat Paisley Consulting Sdn. Bhd. dan ia dihadiri oleh anggota kerja dari jabatan/ agensi di bawah KPKK.

Kursus ini diadakan bertujuan:
  1. Mengenalpasti kesilapan yang seringkali dilakukan semasa percakapan;
  2. Membaiki teknik percakapan;
  3. Mengurangkan kesilapan tatabahasa; dan
  4. Membaiki pertuturan dan sebutan yang betul dalam Bahasa English.



Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah menghantar seramai 4 orang anggota kerja untuk menyertai kursus tersebut dan mereka adalah seperti berikut:
  • Saihazra Izreen Hamzah
  • Shaziela Mohd Shah
  • Anjalia Raimin
  • Norhaslizaraf Ab. Rauf


Pemantauan bagi Usahawan Kraf Baru

Segamat- Unit Usahawan, Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah menjalankan pemantauan bagi pendaftaran usahawan baru pada 25 April 2011 di Felda Tenang, Segamat, Johor. Pemantauan ini telah diketuai oleh Puan Hardiana Johar dan usahawan baru yang dimaksudkan ialah:

    Usahawan Gasing


Nama: Zulkarin bin Esa
    Nama Syarikat: Persatuan Gasing Pangkah Kebangsaan
    Alamat: Felda Tenang, Labis, Segamat, Johor



    Usahawan Parang


Nama: Abdul Talib bin Ya'acob

    Nama Syarikat: Talip Tukang Kasut
    Alamat: Felda Tenang, Labis, Segamat, Johor

Perkenalan Tenaga Pengajar Sesi Ke 2 Latihan Jangka Pendek Anyaman Rotan

Segamat- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan sesi perkenalan tenaga pengajar sesi ke 2 bagi program Latihan Jangka Pendek Anyaman Rotan di Perkampungan Orang Asli Ulu Juaseh, Segamat. Mereka diperkenalkan oleh Ketua Unit Usahawan, Puan Hardiana Johar di sana pada 25 April 2011 yang lalu. Mereka juga merupakan bekas pelajar jurusan Senikraf Rotan di Institut Kraf Negara, Rawang, Selangor dan mereka adalah sepertimana berikut:
  1. Nur Hazwani binti Adnan
  2. Nur Bayty binti Mohd Noor

Semasa pemantauan dijalankan, peserta Latihan Jangka Pendek Anyaman Rotan telah menyiapkan bakul buah bersaiz 8", 10" dan 12" bagi program sesi pertama.