Khamis, 27 Oktober 2011

Tadika Q-Dees Mengunjungi Premis PKKMCJ

Johor Bahru- Seramai 14 kanak-kanak berusia 2 hingga 3 tahun yang diiringi lima guru dari Tadika Q-Dees, Johor Bahru telah mengunjungi premis Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) pada 21 Oktober 2011 mulai jam 10.30 pagi. Kanak-kanak ini telah didedahkan dengan pengisian aktiviti seperti interaktif kraf (mewarna batik) dan melawat ke perkampungan kraf bagi melihat pembuatan alat muzik tradisional di sini. Program sebegini sememangnya sesuai untuk mendidik, mengasuh dan melatih rohani mereka dengan pendedahan kraf kepada mereka. Malah, pendidikan seni ini dapat membentuk dunia kanak-kanak untuk menghayati dan melahirkan kreativiti bagi mencapai kesempurnaan pembesaran mereka. Sekian.