Johor Bahru- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan Promosi Jualan Kraf yang bermula pada 22 April sehingga 2 Mei 2011 di Plaza Angsana, Johor Bahru. Program ini merupakan inisiatif pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Johor dengan usahawan kraf untuk mengadakan jualan kraftangan di pusat beli-belah di sekitar Johor Bahru. Syukur alhamdulillah, sambutan pembeli di sepanjang sebelas hari itu berlangsung adalah amat menggalakkan terutamanya pengunjung dari sekitar Johor Bahru dan Singapura.
Seramai 13 syarikat/ usahawan kraf yang melibatkan diri dalam program Promosi Jualan Kraf di sana dan mereka adalah seperti berikut:
Johor
- Sutera Ibunda (Tekstil)
- Arils Center (Aneka Kraf)
- Nouvo Craft (Logam)
Kelantan
- Halimah Batik (Tekstil)
- Sapiah Collection (Tekstil)
- Alwi Batik (Tekstil)
- Aiman Batik (Tekstil)
- FB Collection (Tekstil)
- Formula Terbilang Trading (Tekstil)
Selangor
- Barakaff Batik Industry (Tekstil)
- Asfa Leather Enterprise (Aneka Kraf)
Sabah
- Bastari Jaya (Aneka Kraf)
Perak
- SNF Heritage (Seramik)