Selasa, 2 November 2010

Lawatan Kraf dari Persatuan Sindrome Down Johor

Larkin- Persatuan Sindrome Down Johor telah mengadakan lawatan kraf ke premis Kraftangan Malaysia Cawangan Johor pada 1 November 2010 yang bermula pada pukul 2 petang. Lawatan ini yang dihadiri seramai 21 orang pelajar dan 5 orang guru bertujuan untuk memberi pengenalan baru dan menarik minat pelajar-pelajar ini terhadap aktiviti kraftangan yang bergiat aktif di sini.

Antara program yang dijalankan ialah:

Lawatan ke Galeri Warisan







Lawatan ke Bilik Latihan Jangka Pendek (Tenunan Serat Nenas)







Lawatan ke Inkubator Kraf (Ukiran Kayu dan Batik Canting)







Lawatan ke Perkampungan Kraf


Program Merakyatkan Seni- Komuniti Sarawak & Sabah di Johor

Pasir Gudang- Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Johor (JKKNNJ) telah mengadakan Program Merakyatkan Seni (PMS) bagi Komuniti Sarawak dan Sabah di Negeri Johor dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Gagasan Dayak Iban Bersatu (G.A.I.U) Johor dan Masyarakat Bajau dan Suluk Pasir Gudang. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kerjasama erat di kalangan setempat di Semenanjung dan juga masyarakat Sarawak dan Sabah yang telah bermastautin di Johor terutamanya di Pasir Gudang. Selain itu, ia memperkenalkan kepelbagaian seni dan budaya masyarakat Sarawak dan Sabah kepada masyarakat setempat.

Program Merakyatkan Seni telah melibatkan aktiviti pameran dari agensi di bawah Kementeriaan Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, aktiviti jualan kraftangan, aktiviti demonstrasi tenunan pua Sarawak dan tenunan corak dastar (Kraftangan Malaysia), gotong-royong dalam kenduri rakyat, pertandingan nyanyian lagu Saloma dan P Ramlee, pertandingan nyanyian tradisi dan persembahan kesenian pelbagai kaum. Artis seperti Haziq (AF4) dan Maulana (AF8) telah dijemput untuk memeriahkan lagi program tersebut.




Program ini juga telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Joseph Salang Anak Gandum iaitu Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia pada pukul 4.30 petang dan berakhir pada pukul 6 petang.



1 Malaysia Batik Tiles in Arts & Crafts Creation


Johor Bahru- White Horse Ceramic Industries Sdn. Bhd. telah menganjurkan program 1 Malaysia Batik in Arts & Crafts Creation dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor dan Lim Kok Wing University bermula pada 28 Oktober hingga 31 Oktober. Program ini telah diadakan di Ceramic World Johor Bahru bermula pada pukul 9 pagi hingga 8 malam.


Antara program yang dijalankan ialah:

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Cawangan Johor
  1. Craft Sales Carnival
  2. Craft Making Demonstration
  3. Batik Making Workshop
  4. 1 Malaysia- Kebudayaan Dance




Lim Kok Wing University
  1. Batik Tiles Design Competition (The 10 Most Creative Designs)


White Horse Ceramic
  1. Opening Ceremony
  2. Calligraphy Demo & Show
  3. Fresh Fruits Buffet
  4. Daily Lucky Dip
  5. Cut Short on Loan Tenure & Conduct Seminar
  6. Feng Shui Talk
  7. Free Eye Screening & Health Care Forum