Larkin - Sekumpulan anggota kerja telah ditugaskan khas untuk membuat pemantauan persempadanan kawasan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor. Pemantauan persempadanan ini diketuai oleh Pengarah PKKMCJ sendiri, En Nor Azmi B. Hj Ismail telah dilaksanakan pada 1 Februari 2012. Berbekalkan dengan peralatan yang sesuai, aktiviti pemantauan dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan memulakan perjalanan dari pondok keselamatan terus melangkah dengan berhati - hati meredah ke belukar yang penuh dengan ular dan binatang berbisa di sepanjang laluan sempadan PKKMCJ. Hasil pemeriksaan terdapat kawasan pagar yang telah berlubang serta rosak akibat aktiviti vandalisme, ditimpa pokok yang tumbang dan reput kerana berkarat. Kumpulan ini juga mengambil inisiatif membuat kerja - kerja merintis dan menebas semak belukar bagi memastikan tiada isu pencerobohan. Tinjauan ini tamat pada jam 11.00 pagi. Sekian, semoga usaha yang dilaksanakan dapat memastikan aset milik Kraftangan Malaysia berada dalam keadaan baik dan sempurna.