Sabtu, 27 November 2010

Majlis Penghargaan 25 Tahun Anggota Kerja Kraftangan Malaysia


Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah diberikan kepercayaan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan untuk menganjurkan Majlis Penghargaan 25 Tahun Anggota Kerja Kraftangan Malaysia yang diadakan pada 25 November 2010 di sini. Acara ini telah dijalankan pada pukul 2.30 petang yang dipengerusikan oleh En. Mohd Shukri dan dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohd Aizat sebagai pembuka acara.


Kemudian ucapan aluan diteruskan oleh Penolong Pengarah, Cik Saihazra sebelum ucapan yang dinanti-nantikan iaitu ucapan orang yang diraikan iaitu:
  1. En. Ahmad Faudzi Md. Ghazali- 36 tahun berkhidmat (Pengarah PKKM Cawangan Johor)


  2. Tn. Hj. Yusop Muri- 29 tahun berkhidmat (Mantan Pengarah PKKM Cawangan Perak)

Seterusnya, upacara pemberian hadiah dan memotong kek diadakan khas untuk orang yang diraikan sebagai penghargaan terhadap jasa-jasa mereka yang telah berbakti kepada organisasi lebih dari 25 tahun berkhidmat. Semoga dengan adanya majlis penghargaan ini, segala pengalaman mereka dapat dikongsi bersama dengan anggota kerja sedia ada bagi memantapkan lagi gerak kerja di organisasi Kraftangan Malaysia terutamanya di cawangan Johor.


Di samping itu, sambutan hari lahir juga diadakan serentak selepas upacara pemotongan kek oleh En. Ahmad Faudzi dan Tn. Hj. Yusop dijalankan. Sambutan itu dijalankan untuk meraikan hari kelahiran bagi anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Johor pada bulan November dan anggota kerja yang diraikan ialah En. Mohd Rosdi Ibrahim yang menyambut hari lahirnya ke 40 tahun (14 November).


Sekalung tahniah diucapkan kepada mereka-mereka yang telah berkhidmat dengan Kraftangan Malaysia lebih dari 25 tahun. Pihak kami berharap agar majlis ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memberi motivasi dan galakkan yang positif kepada anggota kerja yang lama berkhidmat serta ia dapat memberi contoh yang baik kepada generasi muda sekarang. Sekian.