Keratan

KERATAN SINAR HARIAN- 19 DISEMBER 2011


KERATAN BERNAMA- 19 DISEMBER 2011


KERATAN NANYANG SIANG PAU- 17 DISEMBER 2011


KERATAN CHINA PRESS- 17 DISEMBER 2011


KERATAN SIN CHEW DAILY- 17 DISEMBER 2011


KERATAN BERNAMA- 13 DISEMBER 2011


KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN- 4 OGOS 2011


KERATAN MAJALAH HOLISTIK- JUN 2011

KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN- 25 MEI 2011


KERATAN AKHBAR HARIAN METRO- 11 FEBRUARI 2011


KERATAN AKHBAR NEWS STRAITS TIMES- 2 FEBRUARI 2011


MAJALAH BISNES JOHOR- JANUARI/ FEBRUARI 2011


KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN- 28 JANUARI 2011


KERATAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA- 21 OGOS 2010


KERATAN AKHBAR BERITA HARIAN- 21 JULAI 2010











Abdul Rahim Kasiman (kiri) dibantu pekerjanya, Mahsun Jumsah melakukan kerja-kerja menghasilkan kompang di bengkelnya di Kompleks Kraftangan Malaysia Cawangan Johor di Jalan Chenderasari, Johor Bahru.

KERATAN AKHBAR HARIAN METRO- 17 JULAI 2010

Penerus Tradisi Kompang

JOHOR BAHRU 16 Julai - Sebut sahaja kompang, ia sering dikaitkan dengan seni tradisional yang menyeri dan memeriahkan majlis keramaian terutama majlis perkahwinan.
Tidak keterlaluan jika dikatakan, tanpa paluan kompang dalam majlis persandingan, terasa semacam tidak sah atau majlis itu dianggap seolah-olah sunyi dan sepi.
Selain itu, kompang juga sering menjadi penyeri majlis seperti acara perasmian, pertunjukan, kebudayaan dan acara keraian termasuk sambutan Maulidur Rasul.
Seorang usahawan yang bergiat khusus dalam pembuatan kompang, Abdul Rahim Kasiman, 65, telah mengusahakan seni membuat kompang secara serius, sejak 18 tahun lalu.
Berasal dari Ayer Hitam, Muar, Abdul Rahim, kini menjadi pembuat kompang terkenal bukan sahaja di selatan tanah air malah di seluruh Semenanjung.
Beliau menjadikan Kompleks Kraftangan Malaysia Cawangan Johor di Jalan Chenderasari berdekatan Jalan Datin Halimah sebagai pangkalan untuk mengusahakan pembuatan kompang secara tradisional bersama anaknya Mohd. Ismail Abdul Rahim, 32.
Abdul Rahim yang aktif bermain kompang sejak zaman kanak-kanak lagi berkata, dia telah lama menyedari tentang keperluan dan permintaan terhadap kompang.
Maka pada 1992 dengan sokongan kawan-kawan dan pihak yang mempunyai kaitan dengan industri kraf, beliau membuat keputusan untuk mengusahakan pembuatan kompang secara komersial.
Dengan menamakan 'Wandrisnor Kompang Baldu' sebagai syarikat untuk menggerakkan perusahaan itu, syarikat tersebut berupaya menghasilkan kira-kira 33 jenis alat muzik tradisional.
Katanya, antaranya jidur, gendang, maruas, kentung kempelingan, gong, gambus, duk, rebana, beduk, angklung dan kompang.
"Mengenai kompang, bahan-bahan seperti kulit kambing selain kulit kambing tempatan, kami turut mengimport dari Indonesia dan Pakistan.
"Jenis kulit kambing yang paling sesuai adalah kambing kampung dan dari jenis Jamnapari kerana kulitnya tidak berminyak berbanding biri-biri," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada Hari Bertemu Pelanggan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor di sini baru-baru ini.
Menurutnya, bahan-bahan lain seperti kayu-kayan dan rotan dicari di hutan-hutan berhampiran.
Abdul Rahim berkata, keunikan sentuhan kompang buatannya adalah kerana masih mengekalkan ciri-ciri tradisional dan dibuat secara manual.
Katanya, di samping membuat kompang, pihaknya turut memberi perkhidmatan memperbaiki semua alat muzik tradisional.
"Sebagai contoh, macam orang jual alat sukan reket badminton, sudah pasti mereka akan menyediakan perkhidmatan untuk memperbaiki tali dan meluruskan batang reket berkenaan.
"Begitu juga dengan kompang, kami berkeupayaan dan berkemahiran memperbaiki bahagian paluan yang koyak atau retak, begitu juga dengan alat-alat permainan lain.
"Perkhidmatan selepas jualan merupakan sumber kekuatan kami, yang menyebabkan ramai pelanggan memberikan sokongan yang cukup baik hingga perusahaan ini terus berkembang sesuai dengan keperluan semasa," jelasnya.
Dari segi membuat kompang, Abdul Rahim memberitahu, bahagian yang paling cerewet dan perlu ketelitian 100 peratus adalah kerja-kerja kemasan.
"Semasa nak paku kulit kambing di balur yang dilapik kain baldu, kita kena buat dengan cermat dan hati-hati. Kalau silap cara kulit kambing dan balong boleh retak.
"Jadi paluan kompang yang baik terletak pada kerja-kerja kemasan, baru boleh menghasilkan paluan bunyi yang nyaring dan gemersik didengar," katanya.
Katanya, syarikatnya yang mempunyai enam pekerja kini berkebolehan menghasilkan tiga jenis kompang iaitu bersaiz 30 sentimeter, 33 sentimeter dan 35 sentimeter yang berharga antara RM75 hingga RM95 sebuah, di samping kompang kecil untuk hiasan dan cenderahati.
Mengenai pasaran Abdul Rahim menjelaskan, syarikatnya tidak punya masalah untuk memasarkannya, kerana pasaran utama bagi memenuhi keperluan di sekolah-sekolah.
Menurutnya, kira-kira 80 peratus daripada produk kompang yang dihasilkan adalah bagi memenuhi permintaan persatuan kompang di sekolah-sekolah menengah dan rendah di daerah ini.
Selain itu, katanya, para pelanggannya terdiri daripada kumpulan-kumpulan seni di taman perumahan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti kumpulan nasyid.
Tambah Abdul Rahim, memenuhi pasaran global, beliau kerap mengikuti aktiviti promosi anjuran Kraftangan Malaysia seperti Hari Kraftangan Kebangsaan (HKK), yang diadakan di Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay, Kuala Lumpur di samping promosi di peringkat daerah atau negeri.
Sebagai penggiat seni kraf, beliau turut mahu berkongsi sama pengetahuan, pengalaman dan kemahiran membuat alat-alat seni tradisional dengan generasi muda dan mereka yang berminat boleh menghubungi 012-7961005 (Mohd. Ismail) atau 07-2381005 (Abdul Rahim).

KERATAN AKHBAR HARIAN METRO- 14 JULAI 2010
100 usahawan sertai Hari Bertemu Pelanggan











Sebahagian pengunjung tertarik melihat kaedah melarut daun nanas pada majlis Hari Bertemu Pelanggan Kraftangan Malaysia di Kompleks Kraf, Larkin, Johor Bahru, semalam
JOHOR BAHRU 13 Julai - Lebih 100 usahawan kraftangan menyertai Hari Bertemu Pelanggan Kraf tangan Malaysia cawangan Johor di Jalan Cenderasari, di sini semalam.
Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Johor, Ahmad Faudzi Md. Ghazali berkata, program itu merupakan pendekatan holistik untuk menawarkan perkhidmatan melalui interaksi dan perhubungan mesra, telus, cekap dan mencapai sasaran mempertingkatkan kualiti usahawan.
Katanya, menerusi program itu para usahawan berpeluang bersemuka secara terus untuk berbincang dan bertukar pandangan.
Di samping itu, kata Ahmad Faudzi, program itu juga menjadi saluran penyelesaian masalah dengan berkonsepkan mesra pelanggan.
"Tujuan utama kita mengadakan program ini bagi mendapatkan maklum balas pelanggan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Kraftangan Malaysia.
"Ia juga sebagai langkah penambahbaikan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kraf tangan kami," katanya.
Menurutnya, sempena program itu, beberapa acara diatur termasuk kaunter bantuan dan taklimat khas mengenai perkhidmatan kraf tangan.
Ahmad Faudzi berkata, taklimat khas itu bertujuan memberi penjelasan kepada usahawan kraf mengenai aktiviti-aktiviti penganjuran kraf dan skim-skim yang disediakan untuk usahawan kraf.
Tambah beliau, bagi memeriahkan program itu pihaknya turut mengadakan aktiviti interaktif seperti program pendidikan kraf, ceramah, seminar rekaan dan jualan kraf.


KERATAN AKHBAR HARIAN METRO- 6 JULAI 2010


KERATAN AKHBAR BERITA HARIAN- 3 MEI 2010

KERATAN AKHBAR BERITA HARIAN

KERATAN MAJALAH HOLISTIK- APRIL 2010

KERATAN MAJALAH HOLISTIK