Isnin, 28 November 2011

Lawatan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth

Larkin- Seramai 17 pelajar dan 4 guru dari Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth, Johor Bahru telah mengunjungi premis Kraftangan Malaysia Cawangan Johor pada 14 November 2011 mulai pukul 9.00 pagi. Program yang dirancang ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar bermasalah penglihatan dan masalah dalam pembelajaran ini tentang pembuatan kraftangan Malaysia di samping memupuk semangat cintakan kraf serta mengaplikasikan ilmu yang diperolehi semasa proses pengajaran mereka di sekolah. Walaupun mereka mempunyai masalah penglihatan dan pembelajaran akan tetapi sepanjang sesi lawatan ini dijalankan, mereka mempertonjolkan bakat serta kebolehan semulajadi dalam menghasilkan seni kraftangan di sini.


Antaranya ialah:

Lawatan Bengkel Inkubator Batik






Lawatan Perkampungan Kraf (Alat Muzik Tradisional)

Bimbingan Teknikal Susulan Fesyen Dengan Teknik Kemasiapan Jahitan Tradisional Johor

Larkin- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) dengan kerjasama Bahagian Usahawan, Ibu Pejabat telah mengadakan Bengkel Teknikal Susulan Fesyen Dengan Teknik Kemasiapan Jahitan Tradisional Johor pada 9 hingga 11 November lalu di premis PKKMCJ. Bengkel tersebut diadakan adalah bertujuan untuk memperkemaskan lagi jahitan enam usahawan yang terpilih berdasarkan kualiti yang dihasilkan 2 bengkel sebelum ini dengan memfokuskan pakaian seperti baju kurung moden (3 rekaan), baju kurung pesak, baju kurung Kedah dan baju kebaya labuh. Pakaian rekaan baru dan tradisional juga bertujuan untuk menghasilkan produk orientasi pengeluaran (OP) telah memfokuskan material kain daripada fabrik buatan Malaysia dengan mengaplikasikan 13 jenis jahitan tradisional Johor yang dipelajari oleh mereka sebelum ini.

Pada hari pertama, Puan Roshaida Harun (Bahagian Usahawan, Ibu Pejabat) dan Puan Hardiana Johar telah menerangkan sasaran dan fokus Kraftangan Malaysia untuk memperkasakan kemahiran serta mutu produk para usahawan menjelang program Hari Kraf Kebangsaan 2012 yang akan berlangsung bulan Februari nanti. Justeru itu, mereka telah dibimbing oleh 2 tenaga pengajar yang dilantik untuk mempertajamkan kemahiran mereka iaitu Cik Nur Shaahdah Kamaruddin (Bahagian Rekaan, Ibu Pejabat) dan Encik Mohd Haniff Jamil. Acara penutupan telah disempurnakan oleh pengarah PKKMCJ, Encik Nor Azmi Haji Ismail dengan beberapa nasihat serta amanat disampaikan kepada keenam-enam usahawan terlibat agar mereka lebih kondusif dan kreatif pada masa akan datang.

Antara usahawan yang terlibat dalam bengkel tersebut ialah:
  1. Fatimah Tugimon
  2. Putri Khalijah Zakaria
  3. Samsiah Mohd Azis
  4. Sarifah Amin
  5. Zaiton Omar
  6. Hamidah Yasin