MISI MPUJ2014
Bermula dari April sehingga Jun 2014, Unit Usahawan telah mewujudkan satu misi dalam mencari dan
mengenalpasti semula usahawan Johor yang telah berdaftar dengan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor.
Kesemua usahawan Johor yang tersenarai dan direkodkan dalam sistem e-industri akan menjalani semula pendaftaran terkini dan akan disemak serta direkodkan semula bagi tujuan pengelasan dan status terkini usahawan yang terlibat masih aktif ataupun tidak.
Bagi tujuan tersebut, kami bersatu tenaga dalam mencari semula seramai 242 orang usahawan johor yang berdaftar di dalam sistem E - Industri. Unit Usahawan bertindak sebagai ketua dalam pembahagian kawasan dan mengumpul semula data dan maklumat yang lebih terperinci bagi mengetahui status terkini usahawan Johor.
Berikut adalah jadual bagi gerak kerja MISI MPUJ2014 yang melibatkan ke semua anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Johor.
Sepanjang misi MPUJ2014 ini dijalankan, Unit Usahawan juga mencari dan mendaftarkan usahawan kraf baru yang berpotensi di seluruh negeri Johor. Semoga hasil dari Misi MPUJ2014 ini mencapai matlamat dengan wujudnya satu direktori Usahawan Johor 2014.
Berikut adalah antara usahawan yang telah menjalani Misi MPUJ2014;
Usahawan: Pasir Gudang Kraf
Bidang Kraf : Hasil Tanah - Seramik
Status Usahawan : Aktif
untuk mengikut perkembangan misi MPUJ2014 sila layari laman sesawang kami
https://www.facebook.com/kraftanganjohor