Khamis, 27 Oktober 2011

Tadika Q-Dees Mengunjungi Premis PKKMCJ

Johor Bahru- Seramai 14 kanak-kanak berusia 2 hingga 3 tahun yang diiringi lima guru dari Tadika Q-Dees, Johor Bahru telah mengunjungi premis Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) pada 21 Oktober 2011 mulai jam 10.30 pagi. Kanak-kanak ini telah didedahkan dengan pengisian aktiviti seperti interaktif kraf (mewarna batik) dan melawat ke perkampungan kraf bagi melihat pembuatan alat muzik tradisional di sini. Program sebegini sememangnya sesuai untuk mendidik, mengasuh dan melatih rohani mereka dengan pendedahan kraf kepada mereka. Malah, pendidikan seni ini dapat membentuk dunia kanak-kanak untuk menghayati dan melahirkan kreativiti bagi mencapai kesempurnaan pembesaran mereka. Sekian.

Rabu, 26 Oktober 2011

Kunjungan SMK Ulu Tiram

Johor Bahru- Seramai empat puluh pelajar dan empat guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Tiram, Johor telah mengunjungi premis Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) pada 21 Oktober 2011 mulai jam 9.30 pagi. Program lawatan ini dijalankan adalah bertujuan untuk mendidik dan memberi maklumat kepada para pelajar bagi mengenal proses pembuatan kraftangan yang terdapat di sini.

Antaranya:

Operasi Batik (Bengkel Inkubator Batik Canting)



Alat Muzik Tradisional (Perkampungan Kraf)

Selasa, 25 Oktober 2011

Lawatan SMK Taman Universiti 2

Larkin- Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 2, Skudai, Johor Bahru telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) pada 20 Oktober 2011 yang bermula jam 10 pagi. Lawatan ini yang dihadiri seramai 21 orang pelajar dan 4 orang guru adalah bertujuan untuk memberi pendedahan ilmu dan maklumat kepada mereka berkaitan dengan proses pembuatan kraftangan di sini.


Antara program yang dijalankan ialah:

Demonstrasi Tenunan Serat Nanas






Inkubator (Batik Canting)


Perkampungan Kraf (Alat Muzik Tradisional)

Isnin, 24 Oktober 2011

Lawatan SMK Taman Daya 2, Johor Bahru

Johor Bahru- Seramai 80 pelajar tingkatan tiga dan enam guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 2, Johor Bahru telah mengadakan lawatan berpandu ke premis Kraftangan Malaysia Cawangan Johor pada 18 Oktober 2011 mulai jam 9 pagi. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi ruang kepada para pelajar yang baru selesai menghadapi Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 yang berakhir 11 Oktober yang lalu bagi merasai pengalaman baru tentang pembuatan kraf serta aktiviti riadah yang disediakan oleh pihak PKKMCJ.


Antaranya ialah:

Interaktif Kraf (Mewarna Batik Canting)



Target Shooting (Paintball)



Perlawanan Persahabatan (Guru vs Pelajar)







- Pasukan Paintball (Guru)



- Pasukan Paintball (Pelajar)


Sabtu, 22 Oktober 2011

Lawatan Tapak Bagi Cadangan Pembinaan Bengkel Usahawan Kraf (Syarikat Anugerah Kraf)

Pontian- Satu sesi lawatan tapak serta pelawaan sebutharga telah dijalankan oleh Kraftangan Malaysia Cawangan Johor bagi cadangan pembinaan bengkel kraf jenis terbuka berukuran 20 kaki x 30 kaki di Benut, Pontian, Johor pada 17 Oktober yang lalu. Seramai empat orang kontraktor sekitar Benut telah menghadiri sesi lawatan tersebut. Cadangan pembinaan bengkel untuk Tetuan Roslan B. Idris dari syarikat Anugerah Kraf telah diterangkan secara terperinci oleh Juruteknik PKKMCJ, Encik Khairul Irwan Suhaidi b. Mansin tentang pecahan kerja-kerja yang akan dilaksanakan. Sesi lawatan tapak dan pelawaan sebutharga berakhir jam 10.30 pagi. Sekian.

Khamis, 20 Oktober 2011

Lawatan Tapak & Mesyuarat Jawatankuasa Persiapan Promosi Kraf Malaysia Peringkat Zon Selatan Plaza Angsana, Johor Bahru Bil. 2/2011

Johor Bahru- Satu rombongan bas yang diketuai oleh Yang Berbahagia Ketua Pengarah ke Johor bagi sesi lawatan tapak dan Mesyuarat Jawatankuasa Persiapan Promosi Kraf Malaysia Peringkat Zon Selatan Plaza Angsana, Johor Bahru bilangan 2/2011 yang telah diadakan pada 15 Oktober yang lalu. Rombongan yang sampai di Plaza Angsana mulai jam 11.30 pagi itu turut dihadiri oleh Yang Berusaha Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), pengarah- pengarah bahagian, pengarah PKKMCJ dan pegawai penyelaras dari Ibu Pejabat dan PKKMCJ untuk membincangkan pelan susunatur khemah dan landskap, tapak jualan serta kemudahan infrakstruktur bagi persiapan tempat sempena Promosi Kraf Malaysia Zon Selatan yang akan diadakan pada 15 hingga 25 Disember di sana. Hadir sama semasa lawatan tapak tersebut ialah Encik Imran Salleh dan Puan Nurfaiza Abd Rahman bagi mewakili syarikat UDA Angsana Sdn. Bhd. untuk membincangkan pandangan dua hala antara Kraftangan Malaysia dengan pihak Plaza Angsana.


Pada pukul 1.30 petang bermulanya Mesyuarat Jawatankuasa Persiapan Promosi Kraf Malaysia Peringkat Zon Selatan Plaza Angsana, Johor Bahru Bil. 2/2011 di bilik mesyuarat, Kraftangan Malaysia Cawangan Johor.


Antara agenda yang diperbincangkan ialah:
  1. Agenda 1 - Perutusan Pengerusi
  2. Agenda 2 - Cadangan Pengisian Aktiviti:
    1. - Majlis Perasmian
      - Tetamu Jemputan
      - Gimik Majlis Perasmian
      - Sambutan & Protokol
      - Sebutharga Pembekal / Kontraktor
      - Hiasan & Keceriaan, Khemah dan
      Sekitar Kawasan Plaza Angsana
      - Persembahan Multimedia
      - Jualan Usahawan Kraf
      - Pameran Hiasan Laman & Taman
      - Demonstrasi Kraf
      - Interaktif Kraf
      - Permainan Rakyat
      - Publisiti & Pengiklanan
  3. Agenda 3 - Bahan Kempen
  4. Agenda 4 - Kewangan dan Teknikal

Satu kejutan telah diadakan selepas mesyuarat tersebut berakhir pada pukul 4 petang. Semua anggota yang hadir telah menyanyikan lagu selamat ulang tahun Yang Berbahagia Ketua Pengarah semasa melangkah masuk ke bilik makan di sini. Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ingin mengucapkan :

"Sending birthday blessings
Filled with love and peace and joy
Wishing sweetest things happen
Right before your eyes ! "


"Wishing you a day soft as silk…..
white as milk…..
sweet as honey & full of money.
May all your dreams come true….
HAPPY BIRTHDAY"

Rabu, 19 Oktober 2011

Bengkel Bimbingan Teknikal Fesyen Pakaian Menggunakan Kemasan Jahitan Tradisional Johor

Johor Bahru- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) telah mengadakan Bengkel Bimbingan Teknikal Fesyen Pakaian Menggunakan Kemasan Jahitan Tradisional Johor yang bermula pada 11 Oktober sehingga 14 Oktober 2011 di premis PKKMCJ. Seramai 10 peserta yang mengikuti bengkel tersebut yang terdiri daripada kumpulan Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Jahitan Tradisional, Kota Tinggi dan kumpulan penjahit dari sekitar Johor Bahru. Puan Fatimah bt. Tugiman (Syarikat Koleksi IMM) dan Cik Rosemawati bt. Md. Noh (Syarikat Seamline Creations) merupakan orang yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar sepanjang bengkel ini berlangsung.

Pada hari pertama, para peserta telah diberi penerangan oleh Pengarah PKKMCJ, Encik Nor Azmi b. Haji Ismail dan Puan Roshaida bt. Harun dari Bahagian Usahawan, Ibu Pejabat mengenai objektif dan sasaran program, peraturan-peraturan serta akhir sekali proses gerak yang akan dijalankan selama empat hari tersebut. Kemudiannya, pembahagian rekaan dan bahan telah diberikan kepada para peserta untuk proses gerak kerja pertama iaitu proses perletakan paten ke atas kain dan proses pemotongan kain. Pada hari kedua pula, para peserta telah menjalani proses menjahit baju. Manakala pada dua hari terakhir bengkel seterusnya, para peserta diminta untuk melakukan proses kemasan jahitan dan aksesori mengikut rekaan yang telah diberikan.

Antara jenis-jenis pakaian tradisional yang dipelajari ialah:
  1. Baju Kurung Pesak Buluh
  2. Baju Kurung Pesak Gantung
  3. Baju Kurung Telok Belanga
  4. Baju Kurung Pahang
  5. Baju Kebaya
  6. Baju Kebaya Kebarung

Perlawanan Persahabatan Boling PKKMCJ


Johor Bahru- Kelab Sukan & Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (KSKKMCJ) telah menganjurkan satu perlawanan persahabatan boling peringkat Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) pada 12 Oktober 2011 mulai jam 8 malam di Plaza Angsana, Johor Bahru. Seramai 15 orang yang menyertai perlawanan tersebut dan ia dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu:


BARISAN PASUKAN BOLING

1.

KUMPULAN 1

· EN. FAZAR IVAN HIDAYAT (C)

· EN. MOHD ROSDI

· EN. MOHD FAIRUSS

· EN. KHAIRUL NIZAR SYAH

· PN. ROSHAIDA

2.

KUMPULAN 2

· EN. NOR AZMI (C)

· CIK SAIHAZRA IZREEN

· PN. ELLANIE

· CIK RAHAMAH

· EN. MOHD AIZAT

3.

KUMPULAN 3

· EN. KHAIRUL IRWAN SUHAIDI (C)

· PN. NURULNIZA

· CIK ANJALIA

· CIK NORHASLIZARAF

· EN. AHMAD SHAH



Perlawanan berjalan dengan lancar di mana ketiga-tiga kumpulan berusaha untuk mendapatkan hadiah utama serta hadiah perseorangan terbaik di samping berhibur bersama-sama di sepanjang acara tersebut berlangsung. Tahniah diucapkan kepada KSKKMCJ di atas penganjuran ini dan acara tersebut telah mewujudkan semangat kesukanan antara anggota kerja bersama ahli keluarga yang hadir. Semoga acara ini dapat diteruskan lagi bagi mengeratkan lagi siraturrahim anggota kerja dan semangat berpasukan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Sekian.

Lawatan SK Tanjong Kupang Ke PKKMCJ

Johor Bahru- Seramai 35 murid dan 4 guru dari Sekolah Kebangsaan Tanjong Kupang, Gelang Patah telah mengunjungi premis Kraftangan Malaysia Cawangan Johor pada 12 Oktober yang lalu bagi tujuan lawatan sambil belajar ke sini. Mereka telah diberikan pendedahan dan pengalaman baru dengan pengisian aktiviti seperti berikut:

Permainan Rakyat (Gasing)



Pembuatan Kraf Batik Canting