Khamis, 26 Mei 2011

Pakatan Strategik Mengenai Peluang Pasaran & Premis Jualan Produk Cenderamata

Johor Bahru- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan sesi perbincangan selama 2 hari mulai 23 Mei hingga 24 Mei 2011 bersama 2 orang pegawai dari Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn. Bhd. iaitu Encik Mansur Abdul Latif dan Encik Mohd Fauzi Sameon. Syarikat Karyaneka merupakan anak syarikat Kraftangan Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 1982 . Sesi perbincangan ini telah diadakan adalah bertujuan untuk mengadakan pakatan strategik antara Kraftangan Malaysia Cawangan Johor dengan Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn. Bhd. serta mengenalpasti bentuk kerjasama dan membuka ruang pasaran yang lebih luas terutamanya bagi usahawan negeri Johor.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah:

23 Mei 2011

- Syarikat Pamer Kraf (Muar)





- Syarikat Anugerah Kraf (Pontian)








24 Mei 2011

- The Zon Johor Bahru






Pihak The Zon telah menawarkan lot niaga kepada Syarikat Karyaneka untuk memasarkan produk kraf Malaysia di sana. Justeru itu, beberapa perkara telah diperbincangkan bersama dengan pegawainya dan ia adalah sepertimana berikut:
  1. Mengadakan program Promosi Jualan Aidilfitri;
  2. Promosi Tekstil Peringkat Negeri Johor- kerjasama dengan Karyaneka bagi melaksanakan pertunjukan fesyen; dan
  3. Aktiviti interaktif kraf/ demonstrasi pembuatan produk kraf.