Sabtu, 17 September 2011

Selamat Bercuti Puan Asfaziha

Johor Bahru- Pihak pengurusan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ingin mengucapkan selamat bercuti kepada seorang anggota kerja yang sudah pulang ke Terengganu untuk bersalin anak pertamanya di sana. Puan Asfaziha Ab. Karim telah mula bercuti pada 13 September yang lalu dan akan kembali bertugas pada bulan Januari 2012. Hadiah cenderahati telah disampaikan oleh Biro Kebajikan Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (KSKKMCJ), Puan Hardiana Johar sempena kelahiran anak beliau nanti. Pihak kami mendoakan agar Puan Asfaziha selamat dan dipermudahkan sewaktu melahirkan cahayamatanya di sana. Amin..

Majlis Perhimpunan Perbarisan dan Perarakan Sambutan Kemerdekaan Ke-54 Tahun Peringkat Daerah Johor Bahru

Johor Bahru- Pejabat Daerah Johor Bahru telah mengadakan Majlis Perhimpunan Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 Tahun Peringkat Johor Bahru pada 11 September di Dataran Bandaraya, Johor Bahru. Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.B. Tuan Haji Md. Jais b. Haji Sarday iaitu Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor. Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk dan menyemarakan semangat kemerdekaan kepada semua warga kerja jabatan/ agensi kerajaan serta NGO ke majlis perhimpunan tersebut. Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah menghantar lima anggota kerjanya dan mereka terdiri daripada:
  1. Encik Zulkifli Abd Hamid
  2. Encik Khairul Nizar Syah Abdul Jabar
  3. Encik Mohd Aizat Shaharuddin
  4. Cik Anjalia Raimin
  5. Cik Norhaslizaraf Ab. Rauf