Khamis, 1 November 2012

THE BEST DOMESTIC EVENT - ANUGERAH PELANCONGAN NEGERI JOHOR 2012



LARKIN- Pada 24 Oktober yang lalu, pihak Kraftangan Malaysia telah berjaya memenangi Anugerah Pelancongan Johor 2012 dalam kategori The Best Domestic Event bertempat di Pusat Convention Centre, Persada Johor. Penganugerahan ini menerusi penganjuran program Promosi Kraf Malaysia Zon Selatan 2011 yang diadakan pada 15 hingga 25 Disember 2011 di Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru.

Anugerah Pelancongan Johor 2012 merupakan acara yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor menerusi Jabatan Pelancongan Negeri Johor bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan produk pelancongan negeri Johor pada landasan yang menepati piawaian antarabangsa.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua anggota kerja Kraftangan Malaysia khususnya dari cawangan Johor dan para usahawan kraf yang terlibat dan menjayakan promosi ini. Semoga jalinan kerjasama ini akan terus dikekalkan. Syabas!

Jumaat, 5 Oktober 2012

Majlis Perpisahan Dan Kedatangan Anggota Kerja Baru

Larkin - Johor : Pada 1/10/2012 yang lalu, pihak Kraftangan Malaysia Caw. Johor telah menerima pertukaran anggota kerja baru iaitu En. Fahazanie Sandy B. Halim (Andy) daripada Kraftangan Malaysia Ibu Pejabat untuk mengisi kekosongan jawatan ketua unit R&D cawangan Johor. Kedatangan beliau diraikan dalam satu majlis pada hari ini diikuti majlis perpisahan Encik Fazar Ivan Hidayat B. Zahari yang turut diadakan pada waktu yang sama.

En. Fazar Ivan Hidayat B. Zahari mula berkhitmat di Kraftangan Malaysia Caw. Johor pada 12.1.2004 sebagai Penolong Hal Ehwal Ekonomi sebelum diberi jawatan tetap sebagai Pereka pada 1.6.2006. Pada 12.10.2012 merupakan hari terakhir beliau di Kraftangan Malaysia Caw. Johor sebelum memulakan perkhitmatan beliau di Kraftangan Malaysia Caw. Sabah pada 15.10.2012. Pihak KSKKMCJ mendoakan agar beliau dikurniakan kekuatan fizikal dan mental untuk bekerja dalam suasana berbeza serta dapat menjalankan tugas-tugas beliau dengan jayanya.Kami juga mengucapkan setinggi penghargaan atas khidmat bakti yang dicurahkan beliau selama ini. Semoga beliau berbahagia dengan suasana kerja baru dan tidak melupakan kami disini.



Sekian, Wassalam...


Antara anggota kerja yang hadir....

Encik Fazar Ivan Hidayat B. Zahari ketika memberi ucapan perpisahan beliau...

Yang Berbahagia Tuan Pengarah  memberikan cenderamata kepada beliau....

Jumaat, 21 September 2012

Program Pendidikan Kraf 2012




JOHOR BAHRU, 13 September 3012

Sejajar dengan aspirasi Kerajaan untuk melonjakkan industri kraf ke arah penyumbang sumber pendapatan negara, Kraftangan Malaysia Cawangan Johor dengan kerjasama Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) menganjurkan Karnival Pendidikan Kraf 2012 bertempat di Dewan Serbaguna, PIS. Program ini telah disertai hampir 800 orang peserta yang terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta, sekolah menengah dan rendah, sekolah setelit, komuniti setempat dan beberapa agensi Kerajaan lain seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Lembaga Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Objektif program adalah meningkatkan kesedaran masyarakat umum terutama generasi muda mengenai perkembangan industri kraf negara dan menggalakkan pemakaian produk kraf sebagai gaya hidup masyarakat Malaysia. Di samping itu, konsep pelaksanaan program menekankan kepada konsep perkongsian bijak dengan pengemblingan kerjasama antara Kraftangan Malaysia Cawangan Johor dengan PIS. Program ini juga memberi pendedahan mengenai kaedah pembuatan kraf secara asas dan membantu menjana pengetahuan bersifat praktikal.


Aturcara Karnival Pendidikan Kraf 2012


Gambar 1
Kerja-kerja susun atur produk kraf oleh kakitangan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor sempena Karnival Pendidikan Kraf 2012

Gambar 2
Gambar 3
Gambar 4

(KETIBAAN VIP)

Gambar 1
Ketibaan Yang Berbahagia   Encik Azmi Bin Haji Ismail, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Johor   dan  Puan  Hajah Suzanah binti Hashim, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Politeknik Ibrahim Sultan.
Gambar 2
Gambar 3
Ucapan Daripada Encik Azmi Bin Haji Ismail, Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor.
Gambar 4
Penyampaian Cenderamata Antara Kraftangan Malaysia Cawangan Johor Dan Politeknik Ibrahim Sultan.

Gambar 5
Ucapan Perasmian dan Penutupan oleh YB Datuk Haji Maulizan Bin Bujang, Exco Pembangunan Usahawan, Pelajaran Dan Pengajian Tinggi Negeri Johor.

Gambar 6
Gambar 7
Gambar 6 & 7 Di atas Adalah Gimik Perasmian Dan Penutup Sempena Karnival Pendidikan Kraf 2012.

Gambar 8
Gambar 9
Gambar 10
Gambar 8,9&10 Di atas Adalah Penyampaian Sijil dan Hadiah Daripada Y.B Datuk Haji Maulizan Bin Bujang Kepada Peserta Yang Berjaya.

Gambar 11
Gambar 12
Gambar 13
Gambar 14
Gambar 11,12,13&14 Adalah Lawatan VVIP Ketapak Aktiviti Pendidikan Kraf.

Gambar 15
                    Seramik (proses pembentukan arca seramik menggunakan teknik bebas)

Gambar 16
   Anyaman rotan (proses menganyam dan pembentukan produk menggunakan bahan rotan)

Gambar 17
      Sulaman benang serat nanas (proses menyulam menggunakan benang serat nanas bagi menghasilkan produk identity Johor).

Gambar 18
          Batik lukis (proses mewarna bagi pelajar rendah manakala proses mencanting dan mewarna bagi dewasa. Turut diadakan proses penghasilan batik menggunakan teknik ‘ikat’ – tied and dyed.

Gambar 19
          Ukiran kayu (proses mengukir menggunakan teknik tebuk timbul dan teknik tebuk tembus. Aktiviti juga memberi kefahaman seni ukiran melalui kaedah ‘menyilat’.

Kakitangan PKKMCJ

Wajah-wajah keriangan kakitangan PKKMCJ yang terlibat di dalam program pendidikaan kraf 2012....Caiyokkkkk!!!


Isnin, 10 September 2012

Cahayamata Baru PKKMCJ 2012


Johor Bahru - Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah menerima berita gembira dengan kehadiran cahaya mata yang ketiga untuk tahun ini iaitu isteri kepada Encik Fazar Ivan Hidayat B. Zahari yang telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki sihat dan comel. Bayi yang diberi nama Muhammad Rayyan B. Fazar Ivan Hidayat dilahirkan pada 24 Ogos 2012 ( Jumaat ) pada pukul 4.20 pagi di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

 
Pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ingin mengucapkan tahniah kepada Encik Fazar Ivan Hidayat B. Zahari dan isteri. Semoga anda berdua akan terus berusaha meningkatkan lagi iltizam bekerja dengan kehadiran insan baru dalam hidup anda.

Selasa, 28 Ogos 2012

Jumaat, 6 Julai 2012

Lawatan Usahawan Kraf Johor Ke Kedah

KEDAH - Pada 24 - 26 Jun 2012 yang lalu, pihak kraftangan malaysia bersama 5 usahawan kraf dari negeri Johor telah menyertai program Pemadanan Usahawan Johor dan Kedah anjuran UPEN Johor. Program ini bertujuan memberi peluang usahawan dari Johor dan Kedah untuk menjalinkan hubungan dua hala dari segi peluang pemasaran, khitmat nasihat dalam penghasilan produk dan pembekalan bahan mentah. Program ini yang dijalankan di negeri Kedah telah menampakan hasil kerjasama yang memberangsangkan antara usahawan negeri Johor dan Kedah dimana mereka saling bertukar-tukar fikiran dan pendapat dalam memajukan perniagaan atau perusahaan masing-masing. Disamping itu, usahawan dari negeri Johor juga telah menyertai lawatan ke kilang-kilang usahawan negeri Kedah yang secara tidak langsung memberi mereka sedikit sebanyak pendedahan tentang perusahaan IKS negeri Kedah. Antara usahawan kraf negeri Johor yang terlibat menyertai program tersebut ialah Wandarisnor Enterprise, Warisan Gambus Enterprise, Warisan Gobek Enterprise, Terompah Mastor Enterprise dan Titis Mas Enterprise.


 
Lawatan ke kilang HR Manufacturing yang menghasilkan produk-produk berasaskan susu kambing.
 
Sedikit taklimat daripada pegawai HR marketing

penerangan ringkas dari pegawai kilang mengenai mesin pemprosesan

Para usahawan kraf dari negeri Johor bersama staff Kraftangan Malaysia negeri Kedah pada majlis makan malam yang turut dihadiri sama usahawan-usahawan IKS negeri Kedah.

Taklimat ringkas dari usahawan kraf mengenai produk kraf dari Johor kepada usahawan IKS negeri Kedah

Antara produk kraf dari Terompah Mastor Ent. yang dipamir dan mendapat perhatian para usahawan IKS Kedah.

Antara produk kraf lain yang turut dipamirkan

Sesi lawatan ke kilang yang menghasilkan makanan dan produk kesihatan berasaskan sunnah. 

Usahawan dari Johor turut berpeluang membeli produk-produk tersebut dengan harga kilang.


Khamis, 7 Jun 2012

Cahayamata Baru PKKMCJ 2012



Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah menerima cahayamata kedua pada tahun ini iaitu Puan Hardiana Binti Johar yang selamat melahirkan cahayamata lelaki pada 5 Jun 2012 yang lalu. Bayi yang seberat 3.45 kg telah diberi nama Azim Uwais Bin Aludin dilahirkan pada pukul 12.58 pagi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor.

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Hardiana dan suaminya kerana mereka memiliki cahayamata ketiga yang sihat dan comel. Pihak kami juga ingin mengucapkan selamat bercuti kepada beliau dan selamat kembali bertugas di PKKM Cawangan Johor pada 4 Ogos 2012 nanti. Sekian.

Isnin, 21 Mei 2012

Bengkel Bimbingan Teknikal Fesyen Baju Kurung Dgn. Teknik Kemasan Jahitan Tradisional

Larkin-Johor Bahru : Pada 8 - 11 Mei 2012 yang lalu, telang berlangsung Bengkel Bimbingan Teknikal Fesyen Baju Kurung Dengan Teknik Kemasan Jahitan Tradisional, bertempat di Bengkel Jahitan SMKV Azizah. Bengkel yang berlangsung selama 4 hari tersebut melibatkan 8 orang usahawan jahitan dari sekitar Johor Bahru. Bengkel ini bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran dan kreativiti usahawan dalam rekaan fesyen tradisional juga sebagai persediaan menghadapi Promosi Kerja Kahwin dan Promosi Aidilfitri yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi.
Sepanjang bengkel tersebut dijalankan, peserta diberi tunjuk ajar oleh Pn. Putri Khalijah mengenai teknik jahitan, kombinasi warna dan juga penyediaan baju mengikut kehendak pengguna masa kini. Para peserta juga sentiasa dipantau bagi memastikan sasaran kawalan mutu produk yang dihasilkan tercapai.



Para peserta sedang kusyuk menyiapkan tugasan yang diberi

Peserta diberi tunjuk ajar
Peserta di beri taklimat ringkas oleh Pn. Hardiana Johar, Ketua Unit Usahawan Kraftangann Johor.

Produk siap yang telah diperagakan

Hasil kerja tangan peserta

Hasil kerja tangan peserta

Antara hasil kerja tangan peserta
Sesi bergambar peserta bengkel bersama kakitangan Kraftangan Malaysia Caw. Johor