Isnin, 2 Ogos 2010

Keranamu











Demi nama,
Kuberbelanja habis berjuta;
Demi Negara tercinta,
Kupacakkan batang pinang sebagai tiang bendera.
- Ahmad Faudzi Md. Ghazali


Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Perancangan Cawangan Bil 05/2010 dan Mesyuarat Sempena Karnival Mini Kraftangan 2010

Larkin- PKKM Cawangan Johor telah mengadakan dua mesyuarat serentak iaitu dimulakan dengan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Perancangan Cawangan Bil 05/2010 dan diikuti oleh Mesyuarat Sempena Karnival Mini Kraftangan 2010 pada 28 Julai 2010. Mesyuarat ini diadakan di Bilik Mesyuarat PKKM Cawangan Johor dan ia dimulakan pada pukul 10.00 pagi.


Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Cawangan diadakan setiap bulan bagi melaporkan prestasi perbelanjaan, perkara berbangkit dan aktiviti sehingga bulan Julai oleh unit-unit di bawah pembangunan dan unit pentadbiran.

Manakala Mesyuarat Sempena Karnival Mini Kraftangan 2010 diadakan bertujuan untuk melantik ahli jawatankuasa kecil bagi pengagihan kerja serta persiapan program tersebut. Karnival Mini Kraftangan 2010 ini akan diadakan di sini pada 6 Ogos hingga 8 Ogos dan berkemungkinan ia dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Shahrir Bin Haji Abdul Samad, Ahli Parlimen Johor Bahru. Mesyuarat ini berakhir pada pukul 1.00 petang dan ditunda pada tarikh berikutnya.