Selasa, 27 Julai 2010

Karnival Usahawan Desa 2010

Bukit Jalil- Kementeriaan Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah menganjurkan Karnival Usahawan Desa 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur mulai pada 22 Julai hingga 24 Julai dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam. Karnival ini telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin pada hari sabtu yang lalu. Turut sama hadir ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Yang Berhormat Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada majlis perlancaran tersebut.

Jualan ini telah melibatkan 500 usahawan luar bandar di seluruh negara dan salah satunya ialah usahawan kraf alat muzik tradisional di bawah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor iaitu Wandarisnor Enterprise.


Di samping itu juga, terdapat pameran jabatan dan agensi di bawah (KKLW) termasuk Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), Majlis Amanah Rakyat (Mara), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Felcra.

Program Mengenang Tokoh Negarawan Allahyarham Tun Hussein Onn


Batu Pahat- Arkid Negara dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan satu program Mengenang Tokoh Negarawan Allahyarham Tun Hussein Onn yang disertai oleh jabatan dan agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) Negeri Johor serta promosi bersama Telekom Malaysia. Program ini diadakan selama 4 hari di UTHM dan ia bermula pada 22 Julai sehingga 25 Julai. Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim iaitu Menteri Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia telah merasmikan program tersebut pada pagi Ahad yang lalu.


Program ini telah dijalankan dengan pengisian aktiviti-aktiviti sepertimana berikut:
- Pameran dan jualan
- Pertandingan dan perlawanan persahabatan futsal
- Tarian poco-poco
- Uji bakat membaca berita
- Pertandingan mewarna dan melukis
- Pertandingan berbalas pantun, pidato dan sajak
- Pertandingan karaoke
- Senam seni 1 Malaysia
- Bicara tokoh
- Program suara siswa
- Tahlil dan bacaan Yaasin
- Pelancaran UCiTV

Promosi Craft Hotspot Sales 2010


Johor Bahru- Kraftangan Malaysia telah mengadakan Promosi Craft Hotspot Sales 2010 pada 21 Julai sehingga 25 Julai di Danga City Mall, Johor Bahru mulai dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam. Aktiviti yang berlangsung selama 5 hari ini melibatkan 13 orang dan ia terdiri daripada usahawan kraf negeri Johor dan lain- lain negeri seperti:

Bidang Tekstil
- Treassured Possession Gallery
- Prinsip Karisma Sdn. Bhd.
- Barakaff Batik
- Titis Mas Enterprise

Bidang Hasil Rimba
- Perusahaan Daya Kraf
- Permata Ilham Larik

Bidang Logam
- Nouvo Craft

Bidang Aneka Kraf
- Hudariz Creative
- Seri Puteri
- NR Mutiara Trading
- Dua Mad Nor
- Gasing Lagenda

Bidang Seramik
- Johor Craft



Selain aktiviti promosi jualan dijalankan, terdapat juga aktiviti riadah seperti interaktif kraf dan demonstrasi permainan kraf sebagai tarikan pengunjung ke premis jualan tersebut. Kebanyakan pengunjung-pengunjung adalah terdiri dari sekitar Johor Bahru dan Singapura. Antaranya ialah:

Mewarna Batik

Permainan Tradisional Gasing

Permainan Tradisional Congkak