Larkin- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan perhimpunan bulanan pada 2 Februari 2011 pukul 8.30 pagi. Perhimpunan bulanan ini dipengerusikan oleh Cik Norhaslizaraf Binti Ab. Raof dan dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Cintai Warisan Kraf Malaysia. Seterusnya, bacaan doa oleh Encik Mohd Aizat Bin Shaharuddin dan diikuti dengan ucapan Pengarah iaitu Encik Nor Azmi Bin Haji Ismail bagi menyampaikan amanat dari Ketua Pengarah kepada semua anggota kerja dan usahawan kraf di sini. Kemudian, Cik Rahamah Binti Abu Bakar merupakan anggota kerja baru Kraftangan Malaysia Cawangan Johor mulai 1 Februari 2011 dijemput ke hadapan bagi sesi memperkenalkan diri kepada para hadirin dan ia bersurai pada pukul 10.00 pagi.