Rabu, 7 Disember 2011

Lawatan Tapak Bagi Cadangan Menaiktaraf Bumbung Bangunan dan Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan Di Kompleks PKKMCJ (Reka dan Bina)

Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor dan Unit Pembangunan, Ibu Pejabat telah mengadakan satu sesi lawatan tapak bagi cadangan menaiktaraf bumbung bangunan dan kerja-kerja lain yang berkaitan di Kompleks Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (Rekan dan Bina) pada 5 Disember 2011 mulai jam 12 tengahari di sini. Seramai 8 orang kontraktor kelas 'E' dari Kuala Lumpur dan Johor telah hadir ke sini bagi tujuan tersebut. Sekian.

Program U Care 2011

Johor Bahru- Jabatan Senibina Landskap, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan program U Care 2011 yang meliputi pengisian aktiviti seperti ceramah, bengkel seni, pameran dan pertandingan bertemakan kesedaran isu alam sekitar. Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) telah dijemput untuk menjadi fasilitator dalam program tersebut pada 1 Disember yang lalu di Fakulti Alam Bina, UTM. Puan Zuraida Abd. Manap telah diberi tanggungjawab untuk menjadi fasilitator bagi mengupas topik yang bertajuk "Bahan Terbuang Daun Nanas - Menjana Ekonomi Dari Sumber Semulajadi" dan beliau dibantu oleh Encik Fazar Ivan Hidayat Zahari bagi aktiviti demonstrasi pembuatan serat nanas. Sekian.

Perbincangan Bagi Menaiktaraf Bumbung Bangunan & Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan di Kompleks PKKMCJ

Larkin- Kunjungan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Kraftangan Malaysia, Encik Ramli Mohd Noor, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Tuan Haji Mohd Mokhtar Lop Ahmad, Pengarah Bahagian Kewangan dan Pembangunan, Encik Bhasri Othman serta anggota kerja dari Unit Pembangunan ke premis Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) pada 1 Disember yang lalu bagi membincangkan cadangan menaiktaraf bumbung bangunan dan kerja-kerja lain yang berkaitan di Kompleks PKKMCJ (Reka dan Bina) mulai pukul 11.30 pagi. Di sebelah petang, mereka telah menghadiri satu mesyuarat penyelarasan bersama dengan pihak Uda Angsana Sdn. Bhd. di Plaza Angsana, Johor Bahru bagi membincangkan persiapan teknikal dan logistik sempena Promosi Kraf Malaysia Zon Selatan yang akan bermula pada 15 Disember 2011. Sekian.