Isnin, 18 Mei 2015

Coretan Sepanjang Promosi Kraf Malaysia 2015, Angsana JB Mall


PROMOSI KRAF MALAYSIA (PKM) 2015, ANGSANA JB MALL

Johor Bahru : Promosi Kraf Malaysia (PKM) 2015 yang berlangsung pada 1 hingga 10 Mei 2015 telah melabuhkan tirai dengan jayanya. Promosi kali ini melibatkan seramai 78 usahawan  kraf dari pelbagai bidang seperti hasil rimba, tekstil,logam,seramik dan aneka kraf. Antara aktiviti utama ialah jualan, demonstrasi dan interaktif kraf. Manakala aktiviti tarikan  pengunjung seperti persembahan kesenian dan kebudayaan serta pertandingan juga dijalankan dengan jayanya.

Kraftangan Malaysia Cawangan Johor mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat  dalam menjayakan aktiviti ini.
Semoga berjumpa lagi pada masa akang datang .

Cintailah Kraf Buatan Malaysia!!.

Coretan Kenangan Sepanjang PKM 2015, Angsana JB Mall