Khamis, 22 Disember 2011

Majlis Perasmian Promosi Kraf Malaysia 2011


Johor Bahru- Promosi Kraf Malaysia 2011 telah bermula pada 15 sehingga 25 Disember 2011 di Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru. Program yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia telah dirasmikan oleh Senator Datuk Maglin Dennis D'cruz, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) pada 16 Disember 2011 mulai jam 4 petang dan beliau diiringi oleh tetamu kehormat seperti:


  1. Yang Berbahagia Dato' Haji Sohaimi Shahadan
  2. Pengerusi, Kraftangan Malaysia

  3. Yang Berbahagia Encik Mohd Kamil Mohd Ali
  4. Ketua Pengarah, Kraftangan Malaysia

  5. Yang Berbahagia Encik Azizul Nizam Bidin
  6. Timbalan Pengerusi, Kraftangan Malaysia

  7. Yang Berbahagia Datuk Atikah Adom
  8. Ahli Lembaga Pengarah, Kraftangan Malaysia

  9. Yang Berbahagia Ibu Agung Kartika Jonas
  10. Dharma Wanita Persatuan Konsulat Jenderal Republik Indonesia (DWP-KJRI)

Kumpulan ghazal telah menyerikan suasana sebelum dan selepas Majlis Perasmian Promosi Kraf Malaysia berlangsung. Penglibatan seramai 10 orang telah mengimbaskan kembali lagu-lagu irama Malaysia dan Hindustan bagi hiburan para jemputan yang hadir. Namun, tidak dilupakan juga kumpulan kanak-kanak dari Tunas Budaya SK Sri Amar telah mempersembahkan tarian "Selamat Datang" dan "Finale" semasa majlis tersebut berlangsung. Ucapan aluan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Pengerusi Kraftangan Malaysia dan seterusnya ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Timbalan Menteri KPKK sekaligus merasmikan program Promosi Kraf Malaysia 2011 di Plaza Angsana, Johor Bahru. Gimik perasmian telah dilaksanakan oleh beliau dengan meletakkan ukiran kayu bermotifkan bunga lada hitam dan nanas yang merupakan identiti negeri Johor pada badan gambus serta tayangan multimedia mengenai pembuatan gambus dipertontonkan. Lawatan ke tapak demonstrasi kraf dan gerai jualan sebagai penutup aktiviti majlis perasmian tersebut. Sekian.

Lawatan Media Turun Padang- Liputan Projek SDSI Kraf

Johor Bahru- Bahagian Komunikasi Korporat dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) telah mengadakan program lawatan bersama media untuk turun padang bagi liputan projek Satu Daerah Satu Industri (SDSI) pada 8 Disember yang lalu di Segamat dan Muar. Rakan media yang dimaksudkan adalah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Berita Harian.


Antara premis usahawan Johor yang dikunjungi ialah :

- SDSI Anyaman Rotan (Perkampungan Orang Asli, Juaseh, Segamat)



- SDSI Ukiran Kayu (Encik Arshad Ishak, Kundang Ulu, Muar)