Larkin- Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya, Johor Bahru telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kraftangan Malaysia Cawangan Johor pada 2 November 2010 yang bermula pada pukul 9 pagi. Lawatan ini yang dihadiri seramai 80 orang pelajar tingkatan tiga dan 5 orang guru bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada mereka terhadap pembuatan kraftangan di sini.
Antara program yang dijalankan ialah:
Galeri Warisan
Bilik Latihan Jangka Pendek (Tenunan Serat Nenas)
Inkubator Kraf (Ukiran Kayu)
Inkubator Kraf (Canting Batik)
- Interaktif Mewarna Batik
Perkampungan Kraf