Larkin- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah menerima kunjungan dari Dharma Wanita Persatuan Konsulat Jenderal Republik Indonesia (DWP-KJRI), Johor Bahru pada 3 November 2010 yang dihadiri seramai 11 orang yang bermula pada pukul 11.30 pagi. Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara DWP-KJRI Johor Bahru dengan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor di samping memberi pendedahan kepada mereka tentang pembuatan kraftangan Malaysia di sini.
Antara peserta DWP-KJRI ialah:
- Ibu Agung Kartika Jonas
- Ibu Pratiwi Sastradiredja
- Ibu Cita Norwin Anwar
- Ibu Deviana Dewanto
- Ibu Yati Eman
- Ibu Atic Nelwansyah
- Ibu Maya Ridwan
- Ibu Kanti Muchtar
- Ibu Neli Rizal
- Ibu Rahma Arif
- Ibu Maya Tohari
Manakala Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah diketuai oleh pengarah iaitu Encik Ahmad Faudzi dan antara program-program yang dijalankan ialah:
Galeri Warisan
Bilik Latihan Jangka Pendek (Tenunan Serat Nenas)
Inkubator Kraf (Canting Batik)
Perkampungan Kraf
Pusat Jualan