Isnin, 4 Julai 2011

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 KPKK

Kuala Lumpur- Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah diadakan pada 30 Jun yang lalu dan ia disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim iaitu Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Seramai 811 orang penerima dari semua jabatan dan agensi di bawah KPKK dan 58 orang daripadanya adalah merupakan anggota kerja Kraftangan Malaysia. Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ingin mengucapkan tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2010 terutamanya dua anggota kerja PKKMCJ iaitu:
  1. Encik Nor Azmi bin Haji Ismail (Pengarah)
  2. Puan Ellanie binti Ahmad Izani (Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi)