Mersing- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah melaksanakan satu aktiviti iaitu Kajian Industri Kraf Malaysia 2010 ke atas Perkampungan Orang Asli di Kampung Peta Ulu , Endau, Mersing bermula pada 13 Oktober hingga 15 Oktober. Kajian ini bertujuan bagi pemantauan usahawan orang asli yang terdiri daripada suku kaum Jakun dan perkembangan terkini perusahaan kraf mereka di sana. Anggota kerja PKKMCJ yang terlibat ialah:
- Mohd Rosdi B. Ibrahim
- Mohd Aizat B. Shaharuddin
- Zulkifli B. Abd Hamid
Antara pengusaha kraf yang masih bergiat aktif di perkampungan tersebut ialah:
- En. Awang B. Kudi (Permainan Mengasah Minda- Kercang)
- Pn. Petai Bt. Akar (Anyaman Tikar Bertam)
- Pn. Jelang Bt. Limon (Anyaman Tikar Bertam dan Alat Senjata- Sumpit)
- En. Kamelok B. Tekeso (Pakaian Kulit Kayu Pokok Terap)
- Pn. Kuna Bt. Sidek (Anyaman Tikar Bertam)
Jutaan terima kasih kepada tok batin Kampung Peta Ulu iaitu En. Sangka B. Cuka di atas kerjasama beliau berikan kepada Kraftangan Malaysia Cawangan Johor semasa perlaksanaan kajian tersebut dijalankan.