Larkin- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) akan mengadakan satu aktiviti promosi berkonsepkan "Uptown" di perkarangan pejabat PKKMCJ pada setiap hujung bulan dan ia dijangkakan akan bermula pada bulan Jun. Pihak pengurusan PKKMCJ telah mengadakan pertandingan cari nama sempena promosi tersebut dan ia terbuka kepada semua anggota kerja serta usahawan kraf di sini. Pemilihan cari nama telah dijalankan semalam dan semua anggota kerja telah sebulat suara memilih "bazaria@kraf" sebagai pemenang. Pihak pengurusan PKKMCJ ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Puan Ellanie bt. Ahmad Izani kerana beliau telah dinobatkan sebagai pemenang pertandingan cari nama dan ia akan digunakan sepanjang program ini dijalankan. Penyampaian hadiah akan disampaikan pada 20 Mei 2011.