Larkin- Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (KSKKMCJ) telah mengadakan satu majlis perpisahan bagi dua anggota kerja Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) yang sepatutnya melapor diri pada 20 Oktober 2011 di penempatan masing-masing iaitu Bahagian Rekaan, Ibu Pejabat dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu. Penangguhan mereka atas disebabkan :
- Cik Saihazra Izreen Hamzah
- Khidmat beliau diperlukan bagi membantu pelaksanaan program Promosi Kraf Malaysia, Plaza Angsana, Johor Bahru. Dijangka beliau akan melaporkan diri ke Bahagian Rekaan, Ibu Pejabat pada 3 Januari 2012. - Puan Asfaziha Ab. Karim - Cuti Bersalin. Dijangka beliau akan melaporkan diri ke Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu pada 22 Disember 2011.
Sehubungan dengan itu, KSKKMCJ telah mengadakan majlis tersebut pada 30 November yang lalu bagi meraikan dua anggota kerja itu dengan suasana santai dan sederhana. Majlis itu telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Fairuss Ab. Samat dan bacaan doa telah disempurnakan oleh Encik Mohd Aizat Shaharuddin. Seterusnya, ucapan pendahuluan daripada Penasihat KSKKMCJ merangkap Pengarah PKKMCJ, Encik Nor Azmi Haji Ismail bagi menyampaikan amanat dan nasihat kepada dua anggota kerja yang terlibat agar mereka maju jaya di penempatan baru kelak. Penyampaian cenderahati telah disampaikan kepada mereka dan majlis perpisahan berakhir dengan tayangan video dipertontonkan. Sekian.