Johor Bahru- Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan sesi lawatan ke premis usahawan kraf di Kota Tinggi dan Mersing yang bermula pada 26 September hingga 27 September 2011. Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk memantau aktiviti terkini usahawan kraf sama ada di bawah projek atau usahawan bebas yang beroperasi di premis masing-masing. Seramai dua anggota kerja dari Unit Rekaan dan Teknikal mengiringi Pengarah semasa lawatan tersebut dijalankan. Antaranya ialah Encik Fazar Ivan Hidayat b. Zahari (Ketua Unit) dan Encik Mohd Rosdi b. Ibrahim (Pengajar Kraf).
26 September 2011
- Syarikat Koleksi IMM (SDSI Jahitan Tradisional, Kota Tinggi)
- Rasidah RSBC (Usahawan Bebas - Tenunan Songket, Kota Tinggi)
- Sinar Logam Craft Enterprise (Usahawan Mikro IKS - Aksesori Logam, Mersing)
27 September 2011
- Zul Kraf Purba (Kraf Warisan & Orang Asli - Keris Tradisional / Parang, Mersing)
- Rashid Batik (Usahawan Bebas - Batik Canting, Mersing)