Khamis, 21 Julai 2011

Majlis Penutup Latihan Jangka Pendek Anyaman Rotan

Segamat- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan Majlis Penutup bagi program Latihan Jangka Pendek Anyaman Rotan pada 15 Julai yang lalu di Perkampungan Orang Asli Ulu Juaseh, Segamat. Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Nor Azmi bin Haji Ismail, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Johor. Majlis Penutup Latihan Jangka Pendek Anyaman Rotan juga turut dihadiri oleh Encik Azhar bin Tanda, Pengerusi JKKK Kampung Ulu Juaseh, Puan Suzila binti Baki, Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Segamat dan Puan Miskina binti Turat, Penyelia Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Segamat.

Penyerahan sijil penyertaan seramai 14 orang pelajar dan sijil penghargaan kepada 2 orang tenaga pengajar telah disampaikan oleh pengarah PKKMCJ. Cik Shima binti Simas telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik bagi program tersebut setelah mutu kerja dan komitmen beliau diperakui oleh tenaga pengajar dan pihak pengurusan PKKMCJ. Kraftangan Malaysia berharap agar minat para pelajar ini tidak akan mati di separuh jalan dan menyeru mereka terus bergiat cergas dengan menggunakan sebaik-baiknya ilmu yang dipelajari bagi menjana ekonomi mereka di sana. Semoga kelompok pelajar ini aktif sebagai pemangkin pembangunan kraf SDSI Anyaman Rotan di Daerah Segamat. Sekian.

Antara nama pelajar-pelajar bagi program Latihan Jangka Pendek Anyaman Rotan adalah seperti berikut:
  1. Cik Shima binti Simas (Pelajar terbaik)
  2. Cik Ella bte Dagoh
  3. Cik Aishah binti Ahtat
  4. Cik Asmah bte Kangkong
  5. Cik Bunga binti Atan
  6. Cik Hafizah binti Mu
  7. Cik Idayu binti Suwing
  8. Cik Lia binti Mansor
  9. Cik Mimi binti Bujang
  10. Cik Noraini binti Bujang
  11. Cik Rossina binti Mamek
  12. Cik Sadiah binti Atan
  13. Cik Suria A/P Dagoh
  14. Cik Zainah binti Suwing