Sabtu, 28 Ogos 2010

Majlis Berbuka Puasa di PKKMCJ


Larkin- Kelab Sukan & Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (KSKKMCJ) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di sini pada 25 Ogos 2010 yang dihadiri seramai 60 orang oleh anggota kerja PKKMCJ, Peserta LJP, Usahawan Inkubator, Usahawan Perkampungan Kraf dan Syarikat Paintball bersama dengan keluarga masing-masing.

Persiapan tempat dan makanan adalah usaha gotong-royong antara anggota kerja, peserta LJP dan usahawan kraf bagi menjayakan program ini. Majlis berbuka puasa dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohd Aizat iaitu AJK Biro Agama KSKKMCJ. Program ini berakhir pada pukul 9.30 malam.

Antara gambar-gambar menarik sepanjang persiapan dan berlangsungnya program ini:

Persiapan Program







Semasa Program












Juadah Berbuka