Khamis, 21 Julai 2011

Persiapan Bagi Majlis Penutup Latihan Jangka Pendek Anyaman Rotan

Segamat- Unit Usahawan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan persiapan bagi Majlis Penutup Latihan Jangka Pendek Anyaman Rotan di Perkampungan Orang Asli Ulu Juaseh, Segamat, Johor. Kerja-kerja persiapan telah dijalankan pada 13 Julai yang lalu yang dipimpini oleh Puan Hardiana Johar dan Cik Anjalia Raimin. Di samping itu juga, Puan Hardiana telah memberi sedikit penerangan berkenaan tentang situasi selepas tamatnya latihan jangka pendek dan beliau menggalakkan para peserta meneruskan usaha mereka untuk menjadi usahawan sokongan kepada kumpulan SDSI Anyaman Rotan Daerah Segamat.

Susulan daripada lawatan media dan siaran Berita Nasional RTM TV1 pada 10 Julai yang lalu, respon yang positif diterima di mana premis latihan telah dikunjungi oleh penduduk sekitar Segamat. Mereka bukan sahaja mengunjungi premis tersebut malah membeli dan menempah produk para peserta latihan untuk jualan di pasaran tempatan.