Selasa, 12 Julai 2011

Kursus Anyaman Rotan Asas Bagi Pelajar Pendidikan Khas


Pontian- Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup, Pontian, Johor telah bekerjasama untuk mengadakan Kursus Anyaman Rotan Asas bagi Pelajar Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran) pada 7 Julai 2011 di Bengkel Perusahaan Daya Kraf. Seramai 13 orang murid dan 5 guru menyertai kursus tersebut bagi tujuan mendidik serta mempertingkatkan keupayaan intelek, emosi dan sosial mereka di samping memberi pendedahan baru tentang pembuatan kraftangan terutamanya anyaman rotan. Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ingin mengucapkan terima kasih kepada Hajah Mijah Sinan setelah komitmen yang diberikan sebagai tenaga pengajar dan membenarkan premis beliau untuk dijadikan tempat pembelajaran di sana.