Isnin, 30 Mei 2011

Perjumpaan & Perbincangan Pengarah PKKMCJ Bersama Usahawan Kraf SDSI Ukiran Kayu Muar

Muar- Satu sesi perjumpaan dan perbincangan Pengarah PKKMCJ bersama usahawan kraf Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Ukiran Kayu Muar telah diadakan pada 27 Mei 2011, pukul 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Pejabat Daerah Muar, Johor. Antara skop perbincangan yang dibentangkan ialah latar belakang organisasi, program pembangunan dan laporan projek usahawan SDSI Ukiran Kayu Muar seperti bantuan prasarana dan mesin jentera pengeluaran, aktiviti lahitan, kursus keusahawanan serta nilai jualan dan tempahan.

Usahawan SDSI Ukiran Kayu Muar telah diberi peluang untuk mengemukakan masalah atau pendapat mereka kepada pihak PKKMCJ bagi membangunkan projek SDSI ini untuk berdaya saing di pasaran tempatan dan isu yang telah dibincangkan ialah:
  1. Pusat Jualan Kraf Peringkat Negeri Johor
  2. Pengeluaran produk yang efisien
  3. Pembangunan rekaan
  4. Pekerja/ tenaga mahir
  5. Projek usahasama bersama jabatan/ agensi lain
  6. Penggunaan bahan mentah