Jumaat, 8 April 2011

Lawatan Bagi Pencalonan Adiguru Kraf Alat Muzik Tradisional (Gambus)

Batu Pahat- Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Johor, Encik Nor Azmi Ismail telah mengadakan lawatan ke premis Encik Mohd Diah Aripin iaitu usahawan pembuatan kraf alat muzik tradisional (gambus) bagi penamaaan calon adiguru sepertimana yang diminta oleh Bahagian Pemuliharaan, Ibu Pejabat. Lawatan ini diadakan semalam dan disertai juga pegawai Unit Pasaran dan Promosi/ Pemuliharaan Kraf, Puan Ellanie Ahmad Izani bagi mengangkat pencalonan tersebut. Semoga dengan usaha pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Johor akan memberi impak yang positif kepada usahawan kraf bagi memartabatkan dan mengiktirafkan mereka terhadap sumbangan mereka di Negeri Johor. Sekian.

Khamis, 7 April 2011

Khidmat Komuniti Sosial

Segamat- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan program "Khidmat Komuniti Sosial" pada 4 April 2011 di Perkampungan Orang Asli Ulu Juasseh, Segamat. Program ini bertujuan bagi persediaan tempat sempena Latihan Jangka Pendek (LJP) Anyaman Rotan yang akan diadakan di sana bermula 15 April 2011.


Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ingin mengucapkan jutaan terima kasih ke atas kerjasama yang diberikan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Segamat, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Segamat dan penduduk kampung Orang Asli Ulu Juasseh terutamanya tok batin, Encik Dagoh di sepanjang program ini dijalankan. Pihak pengurusan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor juga ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada semua anggota kerja yang terlibat bagi menjayakan program tersebut.


Semoga program ini diteruskan pada akan datang untuk mengeratkan hubungan perpaduan antara anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Johor dengan kumpulan komuniti yang disasarkan bagi membangunkan dan mempergiatkan industri kraf tempatan ke peringkat seterusnya di persada Negara. Sekian.


Selasa, 5 April 2011

Program KULIM Wildlife Defenders Junior (Sesi 1)


Kota Tinggi- KULIM (MALAYSIA) Berhad telah menjalinkan kerjasama dengan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor untuk mengadakan program KULIM Wildlife Defenders Junior yang diadakan pada 2 April 2011 mulai pukul 8.00 pagi hingga 1.00 petang di Sekolah Kebangsaan Sungai Papan, Kota Tinggi, Johor.




Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada kanak-kanak tentang kepentingan hidupan liar terhadap ekosistem dunia di samping menjalankan aktiviti interaktif kraf dalam mewarna batik sebagai pendedahan dan pendidikan asas batik bagi menarik minat mereka tentang kesenian kraf Malaysia.



Program KULIM Wildlife Defenders Junior (Sesi 2) akan diadakan pada 9 April 2011 di Sekolah Kebangsaan Nam Heng, Kota Tinggi, Johor bagi melengkapkan usaha kerjasama antara pihak Kulim (Malaysia) Berhad dengan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor bagi tujuan yang sama.

Khamis, 31 Mac 2011

Festival Inovasi dan Kreativiti UTM 2011

Skudai- Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menjemput Kraftangan Malaysia Cawangan Johor bagi penganjuran Festival Inovasi dan Kreativiti UTM 2011 bermula 23 Mac hingga 27 Mac 2011 pada pukul 9 pagi hingga 5 petang dengan penglibatan jualan seramai 10 orang usahawan kraf Johor dan pelukis-pelukis dari Persatuan Serupa serta pameran kraf sempena pesta konvo di sana.


Antara usahawan- usahawan kraf Johor yang terlibat ialah:
  1. Perusahaan Daya Kraf
  2. Anggun Pesona Sdn. Bhd.
  3. Prinsip Karisma Sdn. Bhd.
  4. Tressured Possession Gallery
  5. Permata Ilham Larik
  6. Anugerah Kraf
  7. Safiah Collection
  8. Sinar Logam Enterprise
  9. Shahida Ideal
  10. Johor Craft

Isnin, 28 Mac 2011

Rombongan Anak-Anak Yatim

Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah dikunjungi oleh rombongan anak-anak yatim dari Lembah Kelang yang dianjurkan oleh IPC Group of Companies pada 17 Mac 2011 mulai pukul 10 pagi. Rombongan seramai 60 orang telah diiringi oleh Yang Berbahagia Dato' Seri Paduka Prof. Dr. Steven Leow iaitu Group CEO & Founder, IPC Group of Companies dan beberapa artis dari program realiti 8TV ke sini. Mereka diberi pendedahan tentang pembuatan kraf di sini dan antaranya ialah:

Inkubator Batik

- Interaktif Kraf






Perkampungan Kraf

- Pembuatan Alat Muzik Tradisional





Rabu, 23 Mac 2011

Selamat Pengantin Baru

Johor Bahru- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor dan Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ingin mengucapkan tahniah kepada pemandu kenderaan kami iaitu Encik Zulkifli Abd Hamid dan isterinya Puan Safiyah Haji Kassim ke atas perkahwinan puteri mereka, Puan Norashikin Zulkifli dengan pasangannya Encik Samudin Kambali. Majlis persandingan mereka telah diadakan pada 19 Mac 2011 (Sabtu) di Dewan Jubli Intan, Majlis Bandaraya Johor Bahru bermula pada pukul 8 malam sehingga 12 tengah malam. Semoga pasangan ini dilimpahi berkat dan bahagia sehingga ke akhir hayat serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Semoga mereka diberikan rahmat dan ketenangan di dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.

Ahad, 20 Mac 2011

Karnival Komuniti 1 Malaysia Johor 2011

Kluang- Jabatan Penerangan Malaysia telah menganjurkan program Karnival Komuniti 1 Malaysia Johor 2011 pada 9 Mac hingga 10 Mac 2011 di Dataran Tasek Kluang, Johor bersempena perlumbaan berbasikal Jelajah 1 Malaysia yang bermula 8 Mac hingga 13 Mac 2011. Karnival ini telah dirasmikan oleh Y.B. Haji Md. Jais bin Haji Sarday iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota merangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor pada hari terakhir program tersebut.

Antara usahawan kraftangan yang terlibat ialah:
  1. Aril's Center (Capal)


  2. Wandarisnor (Alat Muzik Tradisional)

Para pengunjung berpeluang menyaksikan perlumbaan yang disertai oleh pelumba tempatan dan 180 pelumba dari negara luar serta memberi peluang kepada agensi kerajaan memberi perkhidmatan secara terus kepada masyarakat setempat melalui aktiviti pameran dan perkhidmatan kaunter. Seterusnya, Karnival Komuniti 1 Malaysia Johor 2011 diadakan dua lokasi dipilih bagi pelepasan dan penamat bagi perlumbaan tersebut selepas Kluang, Johor ialah:
- Dataran Pekan, Pahang (11 Mac hingga 12 Mac 2011)
- Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan (12 Mac hingga 13 Mac 2011)