Johor Bahru- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) telah melantik Encik Zulkarin bin Isa dari Persatuan Gasing Pangkah Kebangsaan sebagai jurutunjuk permainan gasing pangkah sempena program Promosi Kraf Malaysia 2011 yang bermula pada 15 hingga 25 Disember 2011, jam 10 pagi hingga 6 petang di Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor. Permainan rakyat ini diadakan adalah bertujuan untuk mempromosikan semula kepada para pengunjung ke sini agar ia "tidak hilang ditelan zaman" sepertimana peribahasa Melayu, "tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas" yang membawa erti iaitu adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh". Begitulah harapan PKKMCJ agar permainan rakyat ini mampu dipertahankan menjadi warisan budaya bagi genarasi kini dan akan datang tanpa mengira bangsa, warna kulit ataupun agama di sini. Kempen permainan rakyat akan diteruskan bagi menanam minat tentang kepentingannya dan "tak kenal maka tak cinta". Sekian.
Rabu, 28 Disember 2011
Lawatan Berpandu Sempena Promosi Kraf Malaysia 2011
Johor Bahru- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) telah mengadakan aktiviti lawatan berpandu sempena program Promosi Kraf Malaysia 2011 yang bermula pada 15 hingga 25 Disember 2011 di Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor. Aktiviti yang terbahagi kepada dua sesi iaitu pukul 12.00 tengahari dan 3.00 petang ini telah menerima penyertaan seramai 1,129 orang dengan penglibatan jabatan/ agensi kerajaan, persatuan-persatuan "NGO" serta institusi pengajian awam di negeri Johor.
Antaranya ialah:
- Jabatan Ukur dan Pemetaan Johor (JUPEM)
- Biro Pengaduan Awam
- Jabatan Kemajuan Masyarakat, Johor (KEMAS)
- Kolej Jururawat Masyarakat, Kluang
- Klinik Pergigian, Kota Tinggi
- Puspanita Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta, Johor
- Kolej Jururawat Masyarakat, Segamat
- Dharma Wanita Persatuan Konsulat Jenderal Republik Indonesia (DWP-KJRI)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Politeknik Johor Bahru
- Pejabat Daerah Muar
- Persatuan Ibu-Ibu Tunggal Nur Soleha
- Pejabat Pertanian Daerah Segamat
- Perkhidmatan Kesihatan Pergigian, Segamat
- Homestay KPW Sinaran Baru
- Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
Demonstrasi Pembuatan Kraf Sempena Promosi Kraf Malaysia 2011
Johor Bahru- Seramai 8 orang usahawan Johor telah dilantik sebagai jurutunjuk bagi aktiviti demonstrasi pembuatan kraf sempena program Promosi Kraf Malaysia 2011 yang bermula pada 15 hingga 25 Disember 2011, jam 10.00 pagi hingga 6 petang di Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor. Tujuan demonstrasi ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan minat terhadap penggunaan produk tempatan khasnya pembuatan kraf Johor kepada pengunjung yang datang ke sini. Bukan sahaja mereka dapat melihat secara langsung malah diberi peluang untuk mencuba sendiri pembuatan tersebut secara percuma.
Antara demonstrasi pembuatan kraf yang diperlihatkan ialah:
- Pembuatan Alat Muzik Gambus
- Pembuatan Alat Muzik Angklong
- Pembuatan Kuda Kepang
- Pembuatan Wau
- Ketuk Tembaga @ 'Copper Tooling'
- (Encik Syed Mohd bin Syed Abdullah Al-Barakbah)
- Batik Canting
- Ukiran Kayu
- Anyaman Rotan
- (Cik Ella binti Dagoh & Cik Mimi binti Bujang)
Selasa, 27 Disember 2011
Jualan Kraf Sempena Promosi Kraf Malaysia 2011
Johor Bahru- Seramai 208 usahawan dari seluruh negara telah menyertai jualan sempena program Promosi Kraf Malaysia selama 11 hari yang bermula pada 15 hingga 25 Disember 2011, jam 10 pagi hingga 10 malam di Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor. Program berkonsepkan "membawa produk kraf terus kepada pengguna" telah menarik minat seramai 154,777 orang pengunjung dari penduduk tempatan dan pelancong asing untuk membuat pilihan serta membeli produk yang menawarkan harga kompetitif di sini.
Antara klasifikasi bidang kraf yang terlibat adalah sepertimana berikut:
- Batik dan Sulaman
- Songket dan Tenun
- Hasil Rimba
- Hasil Tanah
- Logam
- Aneka Kraf
Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan syabas kepada semua anggota kerja PKKMCJ dan Ibu Pejabat serta para usahawan yang terlibat dalam melaksanakan program Promosi Kraf Malaysia dengan jayanya melepasi sasaran sebenar jualan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan Kraftangan Malaysia sebanyak RM 3 juta bagi program tersebut. Dengan secara rasminya, pihak PKKMCJ ingin mengumumkan jualan kraf sempena Promosi Kraf Malaysia 2011 di Plaza Angsana, Johor Bahru adalah sebanyak RM 4,023,456.20 (Ringgit Malaysia: Empat Juta Dua Puluh Tiga Ribu Empat Ratus Lima Puluh Enam dan Dua Puluh Sen Sahaja).
Sekalung tahniah diucapkan. Sekian.
Jumaat, 23 Disember 2011
Pertunjukan Fesyen Sempena Promosi Kraf Malaysia
Johor Bahru- Bahagian Rekaan, Ibu Pejabat dengan kerjasama Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) telah mengadakan satu pertunjukan fesyen pada 18 Disember 2011, mulai jam 3.00 petang di Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru. Pakaian yang direka oleh anggota kerja Bahagian Rekaan, Ibu Pejabat itu telah diperagakan semasa program Kuala Lumpur International Batik (KLIB) Convention Exhibition 2011 dan ia dibawa khas bersempena dengan program Promosi Kraf Malaysia, Plaza Angsana untuk dipersembahkan kepada pengunjung di sini. Sekian.
Antara pakaian batik berkonsepkan "pop art" diperagakan seperti berikut:
Khamis, 22 Disember 2011
Majlis Perasmian Promosi Kraf Malaysia 2011
Johor Bahru- Promosi Kraf Malaysia 2011 telah bermula pada 15 sehingga 25 Disember 2011 di Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru. Program yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia telah dirasmikan oleh Senator Datuk Maglin Dennis D'cruz, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) pada 16 Disember 2011 mulai jam 4 petang dan beliau diiringi oleh tetamu kehormat seperti:
- Yang Berbahagia Dato' Haji Sohaimi Shahadan Pengerusi, Kraftangan Malaysia
- Yang Berbahagia Encik Mohd Kamil Mohd Ali Ketua Pengarah, Kraftangan Malaysia
- Yang Berbahagia Encik Azizul Nizam Bidin Timbalan Pengerusi, Kraftangan Malaysia
- Yang Berbahagia Datuk Atikah Adom Ahli Lembaga Pengarah, Kraftangan Malaysia
- Yang Berbahagia Ibu Agung Kartika Jonas Dharma Wanita Persatuan Konsulat Jenderal Republik Indonesia (DWP-KJRI)
Kumpulan ghazal telah menyerikan suasana sebelum dan selepas Majlis Perasmian Promosi Kraf Malaysia berlangsung. Penglibatan seramai 10 orang telah mengimbaskan kembali lagu-lagu irama Malaysia dan Hindustan bagi hiburan para jemputan yang hadir. Namun, tidak dilupakan juga kumpulan kanak-kanak dari Tunas Budaya SK Sri Amar telah mempersembahkan tarian "Selamat Datang" dan "Finale" semasa majlis tersebut berlangsung. Ucapan aluan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Pengerusi Kraftangan Malaysia dan seterusnya ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Timbalan Menteri KPKK sekaligus merasmikan program Promosi Kraf Malaysia 2011 di Plaza Angsana, Johor Bahru. Gimik perasmian telah dilaksanakan oleh beliau dengan meletakkan ukiran kayu bermotifkan bunga lada hitam dan nanas yang merupakan identiti negeri Johor pada badan gambus serta tayangan multimedia mengenai pembuatan gambus dipertontonkan. Lawatan ke tapak demonstrasi kraf dan gerai jualan sebagai penutup aktiviti majlis perasmian tersebut. Sekian.
Lawatan Media Turun Padang- Liputan Projek SDSI Kraf
Johor Bahru- Bahagian Komunikasi Korporat dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) telah mengadakan program lawatan bersama media untuk turun padang bagi liputan projek Satu Daerah Satu Industri (SDSI) pada 8 Disember yang lalu di Segamat dan Muar. Rakan media yang dimaksudkan adalah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Berita Harian.
Antara premis usahawan Johor yang dikunjungi ialah :
- SDSI Anyaman Rotan (Perkampungan Orang Asli, Juaseh, Segamat)
- SDSI Ukiran Kayu (Encik Arshad Ishak, Kundang Ulu, Muar)
Langgan:
Catatan (Atom)