Johor Bahru- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) telah melantik Encik Zulkarin bin Isa dari Persatuan Gasing Pangkah Kebangsaan sebagai jurutunjuk permainan gasing pangkah sempena program Promosi Kraf Malaysia 2011 yang bermula pada 15 hingga 25 Disember 2011, jam 10 pagi hingga 6 petang di Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor. Permainan rakyat ini diadakan adalah bertujuan untuk mempromosikan semula kepada para pengunjung ke sini agar ia "tidak hilang ditelan zaman" sepertimana peribahasa Melayu, "tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas" yang membawa erti iaitu adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh". Begitulah harapan PKKMCJ agar permainan rakyat ini mampu dipertahankan menjadi warisan budaya bagi genarasi kini dan akan datang tanpa mengira bangsa, warna kulit ataupun agama di sini. Kempen permainan rakyat akan diteruskan bagi menanam minat tentang kepentingannya dan "tak kenal maka tak cinta". Sekian.