Khamis, 22 Disember 2011

Majlis Perasmian Promosi Kraf Malaysia 2011


Johor Bahru- Promosi Kraf Malaysia 2011 telah bermula pada 15 sehingga 25 Disember 2011 di Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru. Program yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia telah dirasmikan oleh Senator Datuk Maglin Dennis D'cruz, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) pada 16 Disember 2011 mulai jam 4 petang dan beliau diiringi oleh tetamu kehormat seperti:


  1. Yang Berbahagia Dato' Haji Sohaimi Shahadan
  2. Pengerusi, Kraftangan Malaysia

  3. Yang Berbahagia Encik Mohd Kamil Mohd Ali
  4. Ketua Pengarah, Kraftangan Malaysia

  5. Yang Berbahagia Encik Azizul Nizam Bidin
  6. Timbalan Pengerusi, Kraftangan Malaysia

  7. Yang Berbahagia Datuk Atikah Adom
  8. Ahli Lembaga Pengarah, Kraftangan Malaysia

  9. Yang Berbahagia Ibu Agung Kartika Jonas
  10. Dharma Wanita Persatuan Konsulat Jenderal Republik Indonesia (DWP-KJRI)

Kumpulan ghazal telah menyerikan suasana sebelum dan selepas Majlis Perasmian Promosi Kraf Malaysia berlangsung. Penglibatan seramai 10 orang telah mengimbaskan kembali lagu-lagu irama Malaysia dan Hindustan bagi hiburan para jemputan yang hadir. Namun, tidak dilupakan juga kumpulan kanak-kanak dari Tunas Budaya SK Sri Amar telah mempersembahkan tarian "Selamat Datang" dan "Finale" semasa majlis tersebut berlangsung. Ucapan aluan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Pengerusi Kraftangan Malaysia dan seterusnya ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Timbalan Menteri KPKK sekaligus merasmikan program Promosi Kraf Malaysia 2011 di Plaza Angsana, Johor Bahru. Gimik perasmian telah dilaksanakan oleh beliau dengan meletakkan ukiran kayu bermotifkan bunga lada hitam dan nanas yang merupakan identiti negeri Johor pada badan gambus serta tayangan multimedia mengenai pembuatan gambus dipertontonkan. Lawatan ke tapak demonstrasi kraf dan gerai jualan sebagai penutup aktiviti majlis perasmian tersebut. Sekian.

Lawatan Media Turun Padang- Liputan Projek SDSI Kraf

Johor Bahru- Bahagian Komunikasi Korporat dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) telah mengadakan program lawatan bersama media untuk turun padang bagi liputan projek Satu Daerah Satu Industri (SDSI) pada 8 Disember yang lalu di Segamat dan Muar. Rakan media yang dimaksudkan adalah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Berita Harian.


Antara premis usahawan Johor yang dikunjungi ialah :

- SDSI Anyaman Rotan (Perkampungan Orang Asli, Juaseh, Segamat)



- SDSI Ukiran Kayu (Encik Arshad Ishak, Kundang Ulu, Muar)

Khamis, 8 Disember 2011

Bahan Kempen Promosi Kraf Malaysia 2011

Johor Bahru- Bahan kempen bagi program Promosi Kraf Malaysia 2011, Plaza Angsana telah mula kelihatan di sekitar Johor Bahru dan premis Tourism Malaysia di Singapura. Pemasangan dan hebahan bahan kempen promosi ini telah bermula pada 1 Disember yang lalu dengan kerjasama pelbagai pihak bagi membantu menjayakan program tersebut.


Antara pemasangan dan hebahan bahan kempen adalah seperti berikut:

'Banner'
  1. Simpang Jalan Padi;
  2. Jalan Garuda;
  3. Jalan Kebun Teh;
  4. Taman Kemas; dan
  5. Hadapan premis Kraftangan Malaysia Cawangan Johor.

'Billboard'
  1. Wisma Maria; dan
  2. Giant Skudai.

'Giant Bunting'
  1. Bangunan Plaza Angsana.


'Bunting'

- Laluan Jalan

  1. Jalan Garuda;
  2. Jalan Padi Mahsuri;
  3. Jalan Padi Emas 1;
  4. Jalan Datin Halimah;
  5. Jalan Masai Lama;
  6. Jalan Tun Abdul Razak (susur 7);
  7. Jalan Persiaran Tanjung;
  8. Jalan Persiaran Dahlia;
  9. Jalan Tampoi;
  10. Jalan Dewata;
  11. Jalan Langkasuka;
  12. Jalan Kolam Air / Sungai Chat;
  13. Jalan Tasek Utara;
  14. Jalan Yahya Aldata;
  15. Jalan Sultan Ibrahim;
  16. Jalan Wadi Hassan;
  17. Jalan Tebrau; dan
  18. Jalan Kempas Lama / Baru.

- Hotel / Resort

  1. M Suite;
  2. Crystal Crown Hotel;
  3. Hotel Selesa Pasir Gudang;
  4. Grand Bluewave;
  5. Grand Paragon Hotel;
  6. Le Grandeur Palm Resort Johor;
  7. Pulai Springs Resort; dan
  8. Pulai Desaru Resort & Spa.

-Tourism Malaysia

  1. Tourism Malaysia, Singapura.


'Flyers'
  1. Edaran kepada semua jabatan/ agensi kerajaan, hotel, kawasan perumahan sekitar Johor Bahru dan Singapura.

Pembinaan & Pemasangan Khemah Bagi Promosi Kraf Malaysia 2011

Johor Bahru- Pembinaan Kerangka Khemah Bagi Promosi Kraf Malaysia 2011 telah bermula pada 5 Disember yang lalu di Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru. Kerja-kerja pembinaan dan pemasangan khemah 'Marquee Tent' berukuran 30 meter x 140 meter dijangka akan disiapkan pada 10 Disember 2011 untuk memberi laluan kepada Jawatankuasa Pameran Hiasan & Taman, Hiasan & Keceriaan bagi penyelarasan keceriaan khemah. Sekian.



6 Disember 2011 (Hari Kedua)







7 Disember 2011 (Hari Ketiga)







8 Disember 2011 (Hari Keempat)





Rabu, 7 Disember 2011

Lawatan Tapak Bagi Cadangan Menaiktaraf Bumbung Bangunan dan Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan Di Kompleks PKKMCJ (Reka dan Bina)

Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor dan Unit Pembangunan, Ibu Pejabat telah mengadakan satu sesi lawatan tapak bagi cadangan menaiktaraf bumbung bangunan dan kerja-kerja lain yang berkaitan di Kompleks Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (Rekan dan Bina) pada 5 Disember 2011 mulai jam 12 tengahari di sini. Seramai 8 orang kontraktor kelas 'E' dari Kuala Lumpur dan Johor telah hadir ke sini bagi tujuan tersebut. Sekian.

Program U Care 2011

Johor Bahru- Jabatan Senibina Landskap, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan program U Care 2011 yang meliputi pengisian aktiviti seperti ceramah, bengkel seni, pameran dan pertandingan bertemakan kesedaran isu alam sekitar. Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) telah dijemput untuk menjadi fasilitator dalam program tersebut pada 1 Disember yang lalu di Fakulti Alam Bina, UTM. Puan Zuraida Abd. Manap telah diberi tanggungjawab untuk menjadi fasilitator bagi mengupas topik yang bertajuk "Bahan Terbuang Daun Nanas - Menjana Ekonomi Dari Sumber Semulajadi" dan beliau dibantu oleh Encik Fazar Ivan Hidayat Zahari bagi aktiviti demonstrasi pembuatan serat nanas. Sekian.

Perbincangan Bagi Menaiktaraf Bumbung Bangunan & Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan di Kompleks PKKMCJ

Larkin- Kunjungan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Kraftangan Malaysia, Encik Ramli Mohd Noor, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Tuan Haji Mohd Mokhtar Lop Ahmad, Pengarah Bahagian Kewangan dan Pembangunan, Encik Bhasri Othman serta anggota kerja dari Unit Pembangunan ke premis Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) pada 1 Disember yang lalu bagi membincangkan cadangan menaiktaraf bumbung bangunan dan kerja-kerja lain yang berkaitan di Kompleks PKKMCJ (Reka dan Bina) mulai pukul 11.30 pagi. Di sebelah petang, mereka telah menghadiri satu mesyuarat penyelarasan bersama dengan pihak Uda Angsana Sdn. Bhd. di Plaza Angsana, Johor Bahru bagi membincangkan persiapan teknikal dan logistik sempena Promosi Kraf Malaysia Zon Selatan yang akan bermula pada 15 Disember 2011. Sekian.