Rabu, 7 Disember 2011

Program U Care 2011

Johor Bahru- Jabatan Senibina Landskap, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan program U Care 2011 yang meliputi pengisian aktiviti seperti ceramah, bengkel seni, pameran dan pertandingan bertemakan kesedaran isu alam sekitar. Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) telah dijemput untuk menjadi fasilitator dalam program tersebut pada 1 Disember yang lalu di Fakulti Alam Bina, UTM. Puan Zuraida Abd. Manap telah diberi tanggungjawab untuk menjadi fasilitator bagi mengupas topik yang bertajuk "Bahan Terbuang Daun Nanas - Menjana Ekonomi Dari Sumber Semulajadi" dan beliau dibantu oleh Encik Fazar Ivan Hidayat Zahari bagi aktiviti demonstrasi pembuatan serat nanas. Sekian.